HELENA (Montana): Ahli Parlimen Montana meluluskan Rang Undang-Undang untuk melarang aplikasi video pendek popular TikTok daripada beroperasi di wilayah itu, ancaman terbaru terhadap kewujudan aplikasi milik China berkenaan di Amerika Syarikat (AS).

Rang Undang-Undang itu, yang dikenali sebagai SB 419, akan melarang kedai aplikasi mudah alih daripada menawarkan TikTok untuk dimuat turun kepada pengguna di Montana.

Apple dan Google, yang mengendalikan aplikasi mudah alih TikTok, akan berdepan denda sekiranya melanggar larangan itu.

Rang Undang-Undang itu kini dalam proses untuk ditandatangani oleh Gabenor Montana, Encik Greg Gianforte. - Reuters.

Jokowi beri pengampunan kepada penyeludup dadah yang dihukum mati

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, atau lebih popular dengan panggilan Jokowi, memberikan pengampunan hukuman mati kepada seorang wanita yang menghabiskan lebih 20 tahun di penjara kerana penyeludupan dadah.

Pengarah Eksekutif Amnesty International Indonesia, satu kumpulan hak asasi manusia, Encik Usman Hamid, menyifatkan ia sebagai "belum pernah berlaku sebelum ini" di bawah pentadbiran Encik Jokowi.

Merri Utami, 49 tahun, dijatuhi hukuman mati pada 2002 oleh mahkamah di Tangerang, barat ibu kota Jakarta, selepas didapati bersalah cuba menyeludup heroin ke negara itu.

Lihat berita utama daripada semua kategori di satu tempat.

Dia mendakwa bahawa dia ditipu untuk menjadi keldai dadah. - AFP.

Britain bakal hadapi musim panas lebih terik: Pakar

LONDON:Seorang pakar percaya Britain akan lebih panas dan lebih terik pada musim panas tahun ini berbanding tahun lalu.

Musim panas tahun lalu menyaksikan peningkatan suhu melebihi 40 darjah Celsius di Britain buat kali pertama yang menyaksikan 800 kejadian kebakaran di seluruh negara.

Namun, fenomena cuaca El Nino diramalkan sangat kuat pada tahun ini yang berkemungkinan menyebabkan suhu terik sekali lagi.

Encik Jim Dale, dari Perkhidmatan Cuaca Britain berkata keadaan ini akan mengambil masa dan kemungkinan berlaku pada pertengahan musim panas.

"Apa yang kita perlu hadapi adalah kepanasan melampau berikutan perubahan iklim dan juga El Nino.

"Kemudian, UK akan menghadapinya. Ia adalah situasi sinoptik yang betul. Perubahan dalam tekanan atmosfera menyebabkan lonjakan haba.

"Perubahan iklim untuk kembali ke 40 darjah Celsius adalah pada Julai, Ogos, mungkin awal September ini," ujarnya. - Agensi berita.