Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Morrison terima suntikan sedang program vaksinasi Australia bermula

Feb 22, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Perdana Menteri Australia Scott Morrison menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam sambil menyatakan bahawa permulaan program vaksinasi negara itu sebagai "langkah besar" yang akan memungkinkannya untuk kembali normal.



Encik Morrison lebih awal mendapat suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di pusat perubatan di barat laut Sydney, sebagai langkah meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap vaksinasi Covid-19.



"Ini adalah permulaan perubahan permainan yang besar," kata Encik Morrison kepada wartawan beberapa saat setelah disuntik di sebuah pusat perubatan di Sydney.



"Setiap hari yang berlalu dari sini menjadi lebih normal. Dan itulah yang menggembirakan hari ini," katanya.



Sementara itu, seorang wanita mangsa Perang Dunia Kedua, Cik Jane Malysiak, 80-an tahun, pula menjadi orang awam pertama di Australia menerima suntikan vaksin Covid-19 di negara itu dalam program vaksinasi bermula semalam.



Encik Morrison menyifatkan kesediaan Cik Malysiak yang juga penjaga warga emas untuk menerusi suntikan vaksin itu sebagai detik bersejarah bagi negara.



"Beliau mengambil bahagian pada hari sangat bersejarah bagi negara. Esok permulaan program vaksinasi, sebagai pembuka tirai hari ini, kami tegaskan yang ia selamat, penting dan kita perlu mulakan dengan golongan paling rentan dan berada di barisan hadapan," katanya.



Pelancaran vaksinasi Covid-19 Australia bermula semalam dan hari ini dengan pegawai atasan antara kumpulan kecil yang menerima suntikan pertama.



Ia berlaku sehari selepas tunjuk perasaan antivaksin di bandar utama, disertai ribuan orang sehingga memaksa polis menahan beberapa perusuh di Melbourne.



Tinjauan Universiti Kebangsaan Australia mendapati, hampir 22 peratus rakyat Australia enggan mendapatkan suntikan Covid-19 ketika keraguan terhadap vaksin meningkat beberapa bulan lalu. Program vaksinasi Australia bermula beberapa bulan selepas negara lain melaksanakannya, susulan persetujuan sementara produk Pfizer untuk digunakan, Januari lalu.



Vaksin Oxford/AstraZeneca juga diluluskan beberapa hari lalu tetapi masih belum dapat dilaksanakan.



Australia berjaya menangani penularan virus itu dengan merekodkan hampir 29,000 kes dan 909 kematian bagi negara memiliki 25 juta rakyat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >