Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Morrison: Vaksinasi saja bukan huraian tamatkan sekatan pergerakan Sydney

Jul 30, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison berkata vaksinasi sahaja tidak akan menamatkan sekatan Covid-19 di Sydney, sedang penduduk di bandar terbesar negeri itu berdepan dengan sebulan lagi sekatan ketat dalam usaha menyekat penularan varian Delta.



"Maksud saya, ia akan tentunya membantu... kadar rendah (vaksinasi) yang kita saksikan di sana harus dinaikkan dan akan tentu membantu usaha dalam sekatan ini, namun secara sendirian ia tidak akan menghentikan sekatan," kata Encik Morrison.



New South Wales, negeri paling pesat di Australia telah melaporkan kenaikan harian terbesar dalam jangkitan Covid-19 sejak bermulanya pandemik.



Sejumlah 239 kes jangkitan dalam masyarakat dikesan, berbanding 177 kes pada sehari sebelumnya.



Encik Morrison berharap sekatan dilanjutkan dan sekatan lebih tegas ke atas pergerakan di rantau paling terjejas teruk di Sydney itu, akan dapat mengawal varian Delta yang mudah dijangkiti.



Dengan hanya sekitar 17 peratus daripada penduduk berusia 16 tahun ke atas divaksin sepenuhnya di New South Wales, jangkitan telah meningkat dengan konsisten meskipun kawasan lebih besar Sydney sudah dalam sekatan pergerakan sejak 26 Jun.



Lebih 2,500 kes telah dikesan sejauh ini dalam penularan paling teruk di negeri itu pada tahun ini, dengan 165 orang dimasukkan hospital.



Seramai 56 orang daripadanya kini alam unit jagaan intensif, dan 22 daripada mereka, memerlukan sokongan oksigen.



"Apa yang kita lihat sekarang adalah perangkaan yang sukar berkurangan... kami tidak akan berpura-pura untuk mempunyai semua jawapan sebab kami tidak mempunyai jawapannya," ujar Timbalan Pemimpin Negeri, Encik John Barilaro, kepada media, Nine News.



Kawasan lebih besar Sydney telah melanjutkan sekatan ke atas enam juta penduduk yang dijangka meninggalkan kesan ke atas ekonomi Australia bernilai A$2 trilion ($2 trilion).



Ini memandangkan banyak perniagaan terpaksa ditutup, menimbulkan kemungkinan yang negara itu akan mencatatkan kemelesetan kedua dalam masa beberapa tahun.



Dalam pada itu, Bendahari Federal, Encik Josh Frydenberg, berkata beliau menjangka ekonomi negara akan menguncup pada suku yang berakhir September tetapi berharap Australia dapat mengelakkan kemelesetan sekiranya New South Wales menyekat penularan itu dengan segera.



"Berhubung dengan suku tahun yang berakhir Disember, ia bergantung kepada sejauh mana kejayaan di New South Wales, ekonomi negeri terbesar, akan menangani virus itu, " tambah Encik Frydenberg kepada Australian Broadcasting Corp. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >