Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

'Moscow kerah tentera baru selepas alami korban besar'

Mar 14, 2022 | 05:30 AM



LVIV (Ukraine): Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata Moscow telah menghantar tentera baru selepas tentera Ukraine berjaya menangani 31 kumpulan taktikal batalion Russia dalam apa yang disifatnya sebagai kehilangan tentera terbesar Russia dalam beberapa dekad.



Presiden Ukraine itu mendakwa bahawa Russia sudah kehilangan "sekitar 12,000 askar".



"Ia merupakan nisbah satu kepada 10, namun itu tidak membuatkan saya berasa gembira," kata beliau.



Sebelum ini, Russia dilaporkan menghantar seramai 150,000 tentera ke Ukraine.



Tentera Russia menambah tekanan terhadap Kyiv kelmarin dengan melancarkan serangan bertubi-tubi di kawasan awam di beberapa bandar lain Ukraine.



Ini sedang terdapat usaha-usaha baru untuk mendapatkan bantuan masuk ke bandar pelabuhan Mariupol yang sudah musnah.



Serangan Russia turut memusnahkan lapangan terbang di bandar Vasylkiv kelmarin, sekitar 40 kilometer di selatan Kyiv. Serangan itu menyasarkan sebuah depoh minyak yang juga terjejas dan terbakar.



Dalam pada itu, Encik Zelensky juga telah mengadakan perbincangan tentang peperangan itu dengan dengan Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.



Kedua-dua Encik Scholz dan Encik Macron, dilaporkan telah bercakap dengan Presiden Russia, Encik Valdimir Putin, menerusi panggilan telefon dan menggesa beliau untuk mengarahkan gencatan senjata dengan segera.



Kenyataan dari Kremlin mengenai panggilan telefon selama 75 minit itu tidak menyebut tentang gencatan senjata dan seorang pegawai presiden Perancis berkata:



"Kami tidak mengesan kesediaan di pihak Putin untuk menamatkan perang."



Sementara itu, kelmarin Ukraine menuduh tentera Russia membunuh tujuh orang awam dalam serangan ke atas wanita dan kanak-kanak yang cuba melarikan diri dari pertempuran berhampiran Kyiv.



Dengan serangan Russia kini memasuki minggu ketiga, perkhidmatan perisikan Ukraine berkata ketujuh-tujuh mereka, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh ketika mereka melarikan diri dari kawasan perkampungan Peremoha dan tentera Russia telah "memaksa baki penduduk berpatah balik".



Pegawai Ukraine kemudiannya berkata konvoi itu tidak mengikuti laluan "koridor hijau" yang dipersetujui dengan Russia, sekali gus membetulkan dakwaan mereka sebelum ini bahawa mereka berada di laluan yang ditetapkan.



"Ini sangat berbahaya… dan kami menggesa semua rakyat yang berada dalam bahaya untuk mengikuti maklumat rasmi mengenai laluan pemindahan dan hanya menggunakan laluan selamat," kata pegawai itu.



Moscow turut menafikan bahawa tentera mereka menyasarkan orang awam sejak menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.



Ia menyalahkan Ukraine atas percubaan yang gagal untuk memindahkan orang awam dari bandar-bandar yang dikelilingi, tuduhan yang ditolak oleh Ukraine dan sekutu Baratnya.



Menjawab seruan Encik Zelensky agar negara Barat lebih terlibat dalam rundingan damai, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata:



"Jika terdapat langkah diplomatik yang boleh kami ambil di mana pemerintah Ukraine percaya ia akan membantu, kami bersedia untuk mengambilnya."



Rundingan krisis antara Moscow dengan Kyiv telah diteruskan melalui pautan video, menurut jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov.



Beliau tidak memberikan butiran lanjut, namun Menteri Luar Ukraine, Encik Dmytro Kuleba, berkata Kyiv tidak akan menyerah atau menerima sebarang amaran atau peringatan yang terakhir.



Sementara itu di Irpin, di luar ibu kota Kyiv, askar Ukraine dan Russia bertempur di jalanan kelmarin, mengubah kawasan pinggir bandar itu menjadi sebuah medan pertempuran.



Sekitar 13,000 orang telah dipindahkan dari bandar-bandar Ukraine menurut Timbalan Perdana Menteri, Cik Iryna Vereshchuk. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >