Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Moscow mula sekat bekalan gas ke Eropah

May 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Moscow telah melaksanakan sekatan ke atas saluran paip Yamal yang membawa gas Russia ke Eropah dan dimiliki Poland, selain terhadap bekas unit Jerman bagi gas yang dibekalkan pengeluar Russia, Gazprom, yang anak syarikatnya menyediakan khidmat bekalan gas ke Eropah.



Kesemua entiti ini, yang telah disenaraikan di laman pemerintah Russia kelmarin, sebahagian besarnya berpangkalan di negara-negara yang mengenakan sekatan ke atas Russia sebagai respons terhadap pelanggarannya ke atas Ukraine.



Kesemua negara ini adalah anggota Kesatuan Eropah (EU).



Kesan daripada langkah ke atas negara-negara ini, yang membeli sepertiga keperluan gas dari Russia, tidak diketahui segera.



Aliran gas Russia ke Eropah melalui Ukraine jatuh satu perempat kelmarin selepas Kyiv menghentikan penggunaan laluan transit utama, menyalahkan gangguan disebabkan pencerobohan tentera Russia - kali pertama eksport melalui Ukraine terganggu sejak konflik bermula.



Ukraine kekal sebagai laluan transit utama untuk gas Russia ke Eropah walaupun selepas Moscow melancarkan apa yang dipanggil 'operasi ketenteraan khas'.



Titik transit yang telah ditutup biasanya mengendalikan kira-kira 8 peratus daripada aliran gas Russia ke Eropah.



Gazprom, yang dikawal Kremlin, yang mempunyai monopoli ke atas eksport gas Russia melalui saluran paip, berkata ia masih menghantar gas ke Eropah melalui Ukraine, tetapi jumlahnya dilihat berada pada 72 juta meter padu (mcm) kelmarin, turun daripada 95.8 mcm sehari sebelumnya.



GTSOU, yang mengendalikan sistem gas Ukraine, semalam berkata ia akan menangguhkan aliran gas melalui titik transit Sokhranivka, yang dikatakan menghantar hampir satu pertiga bahan api yang disalurkan dari Russia ke Eropah melalui Ukraine.



Katanya, ia mengisytiharkan klausa 'force majeure' yang digunakan apabila perniagaan dilanda sesuatu di luar kawalannya, dan akan mengalihkan penghantaran untuk Eropah ke laluan lain, pintu masuk Sudzha, yang terbesar daripada dua titik persimpangan Ukraine.



Saluran paip gas melalui titik Sokhranivka berjalan melalui wilayah Luhansk di Ukraine, yang sebahagiannya telah dikawal oleh pemisah pro-Russia.



Sudzha terletak lebih jauh ke barat laut.



Gazprom pada Selasa lalu berkata, adalah "tidak mungkin dari segi teknologi" untuk mengalihkan semua gas terbabit ke laluan Sudzha, seperti yang dicadangkan oleh GTSOU.



Data yang diberikan oleh Gazprom kelmarin mencadangkan hanya Sudzha digunakan. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >