MOSSACK Fonseca, firma guaman Panama berhubungan dengan kejadian kebocoran dokumen 'Panama Papers', mempunyai pejabat di Singapura.
Ia berkongsi ruang pejabat di Bangunan Jit Poh, 19 Keppel Road, dengan TPS Corporate Services, sebuah syarikat yang membantu pelanggan menyediakan dan menguruskan firma di bidang kuasa berbeza di dalam dan luar pesisir.