Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MRT pertama Indonesia mula operasi pada Mac, kurangkan kesesakan trafik Jakarta

Jul 14, 2018 | 08:57 PM



JAKARTA - Sistem kereta gerak cepat (MRT) pertama Indonesia berada di landasan betul untuk memulakan operasi pada Mac tahun depan, membolehkan 170,000 penumpang dalam satu hari mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu negara itu.



Hampir 95 peratus daripada laluan 15.7 kilometer itu - dengan 13 stesen di sepanjang jalan - telah siap akhir bulan lepas.



Pengendali MRT milik bandar itu berkata ia akan memulakan ujian pusingan pertama bulan depan (Ogos) untuk memastikan bilik isyarat dan kawalan berfungsi dengan baik, dan ini akan diikuti dengan ujian penuh dan bersepadu melibatkan ujian percubaan kereta api pada  Disember.



Rangkaian MRT itu beroperasi dari kawasan kediaman padat penduduk Lebak Bulus di selatan Jakarta, ke bulatan HI di pusat bandar yang menempatkan bangunan utama dan hotel lima bintang. Perkhidmatan ini akan mempunyai 16 kereta api enam gerabak yang  bergerak dalam jarak lima minit semasa waktu sibuk dan 10 minit pada waktu lain.



"Perkhidmatan MRT akan mengurangkan masa perjalanan antara Lebak Bulus dan pusat bandar kepada 30 minit berbanding satu setengah jam sekarang," kata Encik William Sabandar, presiden pengarah MRT Jakarta, syarikat milik pemerintah yang mengendalikan beroperasi perkhidmatan itu.



Beliau bercakap kepada wartawan, termasuk The Sunday Times, yang dibawa melawat sebuah stesen bawah tanah di pusat bandar pada Khamis.



Syarikat pengendali  MRT itu juga telah ditugaskan untuk membina kemudahan sokongan seperti kedai di stesen selepas pembinaan rangkaian - yang sebahagian besarnya dibiayai oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun - telah selesai sepenuhnya.



Pelabur swasta digalakkan mengambil bahagian dalam projek itu, terutama dalam membangunkan kawasan komersial di stesen dan berhampiran stesen. Mereka juga dijangka memainkan peranan pada masa depan apabila rangkaian itu diperluas meliputi lebih banyak kawasan kediaman di Jakarta.



MRT Jakarta telah mencadangkan kepada pemerintah mengenakan tambang kereta api antara RP3,000 rupiah dan RP12,000. Syarikat menjangka kebanyakan penumpang akan membayar RP8,500 rupiah bagi perjalanan 10 km. Tiada keputusan muktamad dibuat mengenai struktur tambang.



Pemerintah bandaraya Jakarta memberi subsidi besar kepada rangkaian kereta api,  berjanjia akan menampung sebarang kekurangan dalam kos operasi masa depan MRT Jakarta, kata Encik William.



"Kami cuba bercakap dengan pemerintah membenarkan kami mengenakan tambang yang membolehkan kami beroperasi secara komersial, tetapi tidak terlalu memberatkan  penumpang. Jika tambang terlalu rendah, sukar bagi kami menaikkannya pada masa depan, "kata beliau.



Menurutnya, syarikat itu juga akan bergantung kepada aliran pendapatan daripada sumber lain seperti dari iklan dan sewa ruang runcit bagi memastikan kemampanan jangka panjang.



Setakat ini telah mencapai persetujuan dasar untuk menghubungkan besmen 50 bangunan pejabat dan komersial dengan stesen bawah tanah.



Kajian pertama meninjau kemungkinan menyediakan MRT di Jakarta dibuat pada 1990-an semasa era Suharto. Bagaimanapun, projek itu dilanda kelewatan, termasuk krisis kewangan Asia 1997/1998 dan dialog yang kurang berhasil antara pemerintah dan negara dan setempat.



Upacara pecah tanah hanya berlaku pada September 2015.  -- The Sunday Times



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >