Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia akan pertahan sempadan, sambil kekalkan hubungan baik dengan S'pura: Timbalan menteri

Feb 06, 2017 | 03:03 PM



KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Malaysia berkata negaranya akan mempertahankan sempadan maritim dan kedaulatannya jika fakta sejarah yang baru ditemui membuktikan Pulau Batu Puteh milik Malaysia.



Pulau itu terletak sekitar 40km ke timur Singapura di pintu masuk timur Selat Singapura dan dikenali sebagai Pedra Branca di Singapura.



Britain, dan kemudian Singapura, mengekalkan kawalan ke atas pulau itu sejak 1850-an.



The Star Online memetik Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai berkata pada Ahad (5 Feb) walaupun kerajaan Malaysia akan terus memupuk hubungan baik dengan Singapura, ia juga akan meneroka kemungkinan mendapat kedaulatan ke atas pulau itu.



"Pada 2008, apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague memberi pulau itu kepada Singapura, ia tidak menjejaskan hubungan kami," katanya.



"Perdagangan antara Malaysia dan Singapura telah pun meningkat."



Sementara itu, seorang laksamana bersara berkata beliau yakin Malaysia mempunyai kes kukuh untuk memohon semakan ke atas penghakiman ICJ, lapor akhbar New Straits Times.



Laksamana Muda (Bersara) Tan Sri K. Thanabalasingam, yang memainkan peranan penting dalam pasukan Malaysia yang menghujahkan kesnya di The Hague pada 2008, percaya terdapat bukti baru menyakinkan untuk menyokong permohonan gesaan Malaysia bagi semakan, jika tidak Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak akan memohon.



Tetapi Encik Thanabalasingam memberitahu akhbar itu tempoh masa penting dalam menentukan apakah kes Malaysia wajar didengar.



"Ia mungkin menjadi masalah jika (ternyata) dokumen itu telah didedahkan lebih awal, dan kita hanya mendapat tahu tentang kandungannya baru-baru ini.



"Kita (masih boleh) mohon, tetapi ICJ akan melayan kita hanya jika bukti baru itu sangat penting bagi semakan dan bukan perkara kecil untuk dipertimbangkan," katanya.



ICJ memutuskan pada 2008 kedaulatan Pedra Branca milik Singapura, Terumbu Karang Tengah milik Malaysia dan kedaulatan ke atas South Ledge milik pemerintah negara di perairan wilayah tempat pulau itu terletak.



Pertimbangan utama dalam keputusan itu ialah surat bertarikh 21 september 1953, di mana pegawai tertinggi Johor memaklumkan kepada pihak berkuasa British di Singapura bahawa "kerajaan Johor tidak menuntut pemilikan ke atas Pedra Branca".



Tetapi pada Jumaat (3 Feb) lalu, Tan Sri Mohamed Apandi berkata dalam satu kenyataan bahawa Malaysia telah memfailkan permohonan untuk menyemak penghakiman ICJ ke atas ketiga-tiga pulau itu.



Malaysia memetik tiga dokumen yang status kerahsiaannya diubah oleh Britain baru-baru ini untuk menyokong permohonannya bagi semakan keputusan ICJ itu.



ICJ berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat (3 Feb) Malaysia menamakan tiga dokumen yang status kerahsiaannya diubah oleh Britain baru-baru ini bagi menyokong permohonannya.



Dokumen itu ialah surat-menyurat dalaman pihak berkuasa penjajah Singapura pada 1958, laporan satu insiden yang difailkan pada 1958 oleh seorang pegawai tentera laut British, dan peta beranotasi (mempunyai nota penerangan) mengenai operasi tentera laut dari 1960-an.



Dokumen-dokumen itu ditemui di Arkib Negara UK antara 4 Ogos 2016 dan 30 Jan 2017, tambah kenyataan akhbar ICJ itu.



Jurucakap Kementerian Ehwal Luar Singapura berkata pada Jumaat (3 Feb) ia sedang mengkaji permohonan dan dokumentasi Malaysia dengan teliti, dan telah membentuk sebuah pasukan undang-undang untuk respons kepadanya.



Pasukan itu termasuk Peguam Negara Lucien Wong, Profesor S. Jayakumar, Profesor Tommy Koh dan mantan Hakim Besar Chan Sek Keong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >