Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia bakal umum bantuan Covid-19 lebih komprehensif

Jun 28, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Kerajaan Malaysa akan mengumumkan bantuan lebih komprehensif di bawah Fasa (Pertama) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada hari ini atau esok.



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan perincian bantuan tersebut merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak Covid-19.



Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 menerima bantuan dan sokongan sewajarnya dalam mendepani saat sukar ketika ini.



"Kita faham bila di fasa begini (fasa pertama PKP 3.0) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan? Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak)," kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid semalam.



Beliau berkata, bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.



"Perinciannya akan saya maklumkan esok atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat," katanya.



Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam hantaran Facebooknya turut memberikan bayangan bahawa kerajaan dijangka mengumumkan bantuan melibatkan pemberian moratorium dan i-Sinar bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19, dalam masa terdekat.



"Isu moratorium dan i-Sinar. Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan.



"Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, insya-Allah," kata Tengku Zafrul.



Dalam perkembangan sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, turut memberi petunjuk bahawa pengumuman bantuan diskaun Tenaga Nasional dijangka diumumkan.



Segala bantuan ini mungkin merupakan antara pakej bantuan Covid-19 berskala besar yang akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin, seperti yang disebut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, pada Khamis lalu.



Beliau sebelum ini mendedahkan bahawa kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi, namun tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >