Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia batal program Perkhidmatan Negara, Biro Sivik

Aug 13, 2018 | 03:00 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah membatalkan Program Latihan Perkhidmatan Negara (PLKN) dan Biro Sivik Kebangsaan (BTN), kata Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Isnin (13 Ogos).



Menurut Syed Saddiq, keputusan itu diambil di mesyuarat Kabinet minggu lalu, selepas ia mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan memupuk fahaman tertentu.



Agensi berita Malaysia, Bernama, yang melaporkan pengumuman itu tidak memberikan perincian lanjut tentang fahaman yang dimaksudkan itu.



Syed Saddiq berkata, kededua program latihan dan agensi akan diganti dengan program baru yang akan menumpu perhatian membentuk wawasan belia.



“Pada masa ini, semua pegawai dan aset PLKN dan BTN akan dialihkan ke bawah naungan Kementeri Belia dan Sukan, sebelum program baru diperkenalkan, kata Syed Saddiq.



“Sesi perbincangan dengan semua pihak berkepentingan akan diadakan. Kami juga akan berbincang dengan Khazanah (Nasional Berhad) untuk menjalin kerjasama bagi membentuk program ini,” kata Syed Saddiq. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >