Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

M’sia belum sedia laksana dasar had usia kenderaan

Oct 24, 2023 | 04:41 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia buat masa ini tidak berhasrat melaksanakan dasar bagi menamatkan hayat kenderaan ‘berusia’ di negara ini, sebagaimana diamalkan di negara maju termasuk Singapura.


Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke Siew Fook, berkata walaupun langkah itu dapat mengurangkan pelepasan karbon yang mencemar alam sekitar, ia tidak sesuai dilaksanakan pada masa sekarang, mengambil kira keadaan sosial ekonomi rakyat Malaysia.

Kata Encik Loke, oleh sebab itu, kerajaan tidak mahu memperkenalkan persekitaran atau keadaan di mana rakyat tidak mampu untuk terbabit dengan perubahan sedemikian.

Justeru, beliau berkata apa-apa perubahan mesti dibimbing, dilaksanakan secara berperingkat dan kerajaan juga harus memainkan peranan untuk membantu proses penyesuaian kepada perubahan seperti dikehendaki.

“Ya betul (banyak kenderaan berusia di atas jalan raya). Kita tidak ada dasar untuk menamatkan hayat kenderaan, tidak seperti negara maju lain atas alasan praktikal. Kita tidak boleh laksanakan (dasar) untuk tamatkan hayat kenderaan (di negara ini).

“Jadi perubahan seperti ini mengambil masa. Berkenaan dengan (dasar tamat hayat) kereta lama, memang kalau kita buat satu dasar yang tidak membenarkan kenderaan lama (di atas jalan raya), itu akan memberi kesusahan kepada rakyat, bahkan ia akan menyusahkan rakyat.

“Kita kena faham juga keadaan sosial ekonomi dalam negara. Apa saja perubahan walaupun kita mahu menjurus kepada kelestarian, mengurangkan pelepasan karbon, tetapi dasar-dasar yang perlu dilaksanakan mesti mengambil kira keadaan sosial ekonomi dalam negara kita,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Forum Kelestarian Persekitaran Pengangkutan Serantau Asia Peringkat Tinggi ke-15 oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof di Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengenai peranan kerajaan bagi menggalak penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon, Encik Loke berkata sebagai permulaan, kerajaan memberikan insentif untuk pembelian motosikal EV sehingga RM2,400 ($685) menerusi pengumuman dalam Belanjawan 2024.

Jika ada sambutan daripada rakyat, katanya sudah tentu ini dapat mengubah kecenderungan penggunaan motosikal kerana separuh daripada 30 juta kenderaan dalam negara terdiri daripada motosikal.

Menurutnya, motosikal juga adalah penyumbang terbesar pelepasan karbon di negara ini.

“Separuh daripada kenderaan di atas jalan dalam negara kita adalah motosikal. Sekitar 15 juta daripada 30 juta kenderaan yang didaftarkan adalah motosikal.

“Jadi motosikal juga menyumbang kepada pelepasan karbon yang besar. Jadi dengan dasar ini atau langkah ini (pemberian insentif), kita mengharapkan satu permulaan ke arah penggunaan e-motorbike yang lebih besar di negara kita,” katanya


Encik Loke berkata rakyat negara ini masih bergantung kepada kenderaan persendirian untuk bergerak sekali gus memungkinkan ia menjadi faktor mengapa kerajaan tidak memperkenalkan satu dasar untuk tidak menggalakkan pemilikan kenderaan.

Memetik data diperolehi daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), beliau berkata penjualan kereta menunjukkan aliran peningkatan sekali gus situasi itu menggambarkan keadaan ekonomi negara adalah baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >