Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia berwaspada selepas 9 suspek pengganas termasuk dari luar negara ditangkap

Mar 11, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah meningkatkan amaran terhadap ancaman pengganas luar negeri yang menyusupi negara itu ekoran penangkapan sembilan individu yang diberkas bulan lalu.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, semalam menerusi satu kenyataan, berkata pihak polis memandang serius terhadap kemunculan golongan pengganas dari luar negeri itu dan akan terus bekerjasama dengan ejen perisik luar bagi mengesan pergerakan yang mengancam negara.



Mereka yang ditahan merupakan enam warga Mesir, dua warga tempatan dan seorang warga Tunisia.



Menurutnya, maklumat risikan mendedahkan kehadiran beberapa suspek yang dinamakan 'Foreign Terrorist Fighters' (pejuang pengganas luar negara) yang menganggotai kumpulan pengganas Ansar Al-Shariah Al-Tunisia, lapor Utusan Malaysia.



Pengganas itu terlibat dalam rancangan mahu melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara.



"Tangkapan pertama pada 2 Februari di Serian, Sarawak, membabitkan seorang lelaki warga Mesir dan dua warga tempatan termasuk seorang wanita, yang berusia antara 20 tahun dengan 54 tahun. Mereka ditahan kerana menyembunyikan maklumat kehadiran operatif Ansar Al-Shariah Al-Tunisia yang transit di Malaysia, bertindak sebagai fasilitator yang melindungi juga menguruskan pembelian tiket kapal terbang.



"Pada hari yang sama di Setapak, kita menahan seorang lelaki Mesir berusia 42 tahun yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah agama di ibu negara kerana turut bertindak sebagai fasilitator kepada dua anggota Ansar Al-Shariah Al-Tunisia yang masuk ke negara ini pada Oktober tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Tan Sri Mohamad Fuzi memaklumkan, tangkapan ketiga dan keempat juga dibuat pada 2 Februari di Bukit Bintang dan Seri Kembangan, membabitkan dua warga Mesir berusia 24 tahun dan 28 tahun yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi di Lembah Klang dan Pantai Timur.



Ujarnya, kedua-dua suspek mengaku sebagai ahli Ikhwanul Muslimin yang bertindak sebagai fasilitator kepada dua anggota Ansar Al-Shariah Al-Tunisia yang menyusup masuk ke Malaysia pada Oktober tahun lalu.



Tan Sri Mohamad Fuzi memberitahu, hasil siasatan mendedahkan elemen 'Foreign Terrorist Fighters' cuba menjadikan Malaysia sebagai tempati selamat, destinasi transit dan pangkalan logistik dengan cara menyusup masuk ke negara ini melalui kaedah penggunaan dokumen palsu atau sah, berkahwin dengan rakyat tempatan, mengeksploitasi kemudahan pengajian atau perniagaan.



"Penyusupan masuk 'Foreign Terrorist Fighter' ini harus dipandang serius terutama selepas kekalahan ISIS di Syria dan Iraq. Kehadiran mereka juga boleh menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk menyerang negara ketiga atau lancar serangan di Malaysia," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >