M'sia cadang pusat digital serantau kekang IS

Langkah perangi strategi militan guna laman sosial rekrut ahli

NEW YORK: Malaysia bercadang mewujudkan Pusat Digital Serantau Memerangi Mesej melalui Komunikasi, dalam usaha terbaru mengekang pengaruh Kumpulan Negara Islam (IS) yang menggunakan laman sosial merekrut ahli baru serta menyebar ideologi di serata dunia.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, yang mengemukakan cadangan itu pada Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Pembanterasan ISIL dan Keganasan Melampau yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, berkata Malaysia sedang menerokai secara aktif kemungkinan mewujudkan pusat seumpama itu.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun