Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia catat kes Covid-19 baru tertinggi dua hari berturut-turut

Nov 24, 2020 | 09:15 PM




PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 2,188 kes baru positif Covid-19 sehingga tengah hari Selasa (24 Nov), jumlah harian tertinggi dilaporkan di negara itu dengan kesemuanya membabitkan jangkitan tempatan.

 



Ini melebihi rekod 1,882 kes yang dicatatkan semalam, dan juga kali pertama jumlah kes di negara tersebut melepasi angka 2,000.

 



Terdapat empat kematian baru Covid-19, menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus tersebut sebanyak 341 di Malaysia.

 



Selangor terus merekodkan kes tertinggi iaitu 1,623 kes atau 74.2 peratus daripada keseluruhan kes.

 



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan peningkatan itu, ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 58,847 kes dan kes aktif yang masih dirawat sebanyak 14,353.

 



"Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan di Selangor adalah daripada Kelompok Teratai dengan penambahan sebanyak 1,511 kes atau 93.1 peratus.





"Seperti yang dimaklumkan, pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan digerakkan ke kawasan yang terbabit bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan secara besar-besaran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 



Kelompok tersebut dikaitkan dengan pekerja kilang di beberapa kilang Top Glove di Selangor.

 



Kerajaan Malaysia berkata 28 kilang Top Glove di Klang, Selangor, akan ditutup dalam beberapa fasa untuk membolehkan para pekerjanya menjalani pemeriksaan kesihatan.

 



Syarikat tersebut yang menguasai suku pasaran sarung tangan getah global, telah meraih keuntungan besar tahun ini dek permintaan meningkat akibat pandemik Covid-19. - BERITA HARIAN ONLINE/ THE STAR/ ASIA NEWS NETWORK/ REUTERS





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >