Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia catat rekod kes jangkitan 9,020, 98 meninggal dunia

May 29, 2021 | 06:06 PM



PUTRAJAYA: Sebanyak 9,020 kes baru Covid-19 dilaporkan Sabtu (29 Mei) di Malaysia, sekali gus menjadi angka tertinggi pernah dilaporkan sejak penularan virus berkenaan di negara itu sejak lebih setahun lalu. 

Ia juga mencatat 98 kematian, yang tertinggi dalam tempoh sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes jangkitan tertinggi dilaporkan di Selangor dengan 2,839 kes diikuti Kelantan (907); Negeri Sembilan (898) dan Kuala Lumpur (789).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan Labuan menunjukkan peningkatan mendadak, iaitu sebanyak 253 kes, berbanding semalam hanya enam kes,” katanya dalam Facebook.

Dalam perkembangan lain, seramai 2,786,152 individu sudah menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Jumaat (28 Mei).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan jumlah itu membabitkan seramai 1,771,810 penerima dos pertama dan 1,014,342 penerima yang sudah melengkap dua dos vaksin terbabit.

Berdasarkan infografik di Twitter JKJAV, Kuala Lumpur adalah kawasan tertinggi yang menerima suntikan dos pertama iaitu 292,563 dan seramai 94,397 bagi dos kedua diikuti Selangor (244,631 dos pertama dan 138,063 dos kedua) serta Sarawak (179,903 dos pertama dan 96,450 dos kedua). – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >