SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

M'sia catat rekod sehari kes Covid-19, 6,976 kes baru dilapor Ahad

M'sia catat rekod sehari kes Covid-19, 6,976 kes baru dilapor Ahad

May 23, 2021 | 6:22 PM

M'sia catat rekod sehari kes Covid-19, 6,976 kes baru dilapor Ahad

LANGKAH BERJAGA-JAGA: Seorang pekerja di Kuala Lumpur melakukan penyahjangkitan dalam keadaan Malaysia masih lagi bertarung dengan jumlah kes baru koronavirus yang tinggi. - Foto REUTERS
LANGKAH BERJAGA-JAGA: Seorang pekerja di Kuala Lumpur melakukan penyahjangkitan dalam keadaan Malaysia masih lagi bertarung dengan jumlah kes baru koronavirus yang tinggi. - Foto REUTERS -

KUALA LUMPUR: Kadar jangkitan COVID-19 di Malaysia pada Ahad (23Mei) terus meningkat dan merekodkan angka tertinggi dengan 6,976 kes. Perangkaan tertinggi kes harian yang dicatatkan sebelum ini ialah pada 20 Mei lalu, sebanyak 6,806 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,235 kes, diikuti Kelantan (626) dan Johor (549). Katanya, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang direkodkan di Malaysia meningkat kepada 512,091 kes, dengan kes aktif sebanyak 57,022. "Daripada 6,976 kes hari ini, lima adalah kes import membabitkan seorang warganegara dan empat rakyat asing. "Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini membabitkan 681 kes, dengan 361 kes memerlukan bantuan pernafasan," ujarnya. Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Bhd, akan membekalkan kira-kira 8.2 juta dos vaksin Sinovac dari China kepada kerajaan pada bulan ini dan Jun, ke arah mempercepatkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Katanya, Pharmaniaga mempunyai lebih 3.6 juta dos vaksin iaitu 2.6 juta yang dikilangkan secara 'fill and finish' dan satu juta lagi diterima secara siap guna daripada kilang Sinovac di China bagi pengeluaran Mei ini. - BHM.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg