TUARAN (Sabah): Malaysia dijangka mengalami masalah bekalan air sehingga September berikutan cuaca panas yang dialami sekarang diramal berterusan sehingga tempoh itu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau.
Beliau berkata walaupun cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino dijangka berakhir pada Jun, perubahan angin monsun barat daya yang menyebabkan cuaca panas akan berlaku dari Mei hingga September.