Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia dijangka henti larang eksport ayam 31 Ogos

Aug 05, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Larangan Malaysia terhadap eksport ayam dijangka berakhir 31 Ogos, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, kepada parlimen negara itu semalam.



Pada Jun, Malaysia, yang membekalkan ayam hidup terutama ke negara jiran seperti Singapura dan Thailand, menghentikan eksport hingga pengeluaran dan harga dalam negara stabil.



Langkah itu dibuat selepas kekurangan makanan global yang diburukkan oleh perang Russia-Ukraine yang mengganggu pengeluaran.



Datuk Dr Kiandee sebelum ini berkata keputusan larangan eksport Malaysia itu akan dikaji semula selepas langkah penstabilan berakhir pada 31 Ogos.



Beliau berkata harga ayam tempatan kekal di bawah harga siling mandat kerajaan, iaitu RM9.40 ($2.90) sekilogram, dan isu bekalan serta inflasi industri telah diselesaikan, membuka kemungkinan Malaysia menarik balik larangan eksport itu.



Sebelum larangan eksport itu, Malaysia sumber ayam import kedua terbesar Singapura selepas Brazil. Malaysia membekalkan kira-kira satu pertiga ayam Singapura, iaitu hampir 73,000 tan setahun.



Larangan eksport Malaysia sebahagiannya ditarik balik berikutan keputusan Kabinet pada 8 Jun membenarkan eksport ayam kampung dan ayam hitam hidup ke Singapura. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >