Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

M'sia ingin beri suntikan vaksin kepada 126,000 orang sehari di 600 stesen mulai hujung Feb

Dunia
28
0

M'sia ingin beri suntikan vaksin kepada 126,000 orang sehari di 600 stesen mulai hujung Feb

Feb 13, 2021 | 08:25 PM

KULAI: Malaysia meletakkan matlamat menjalankan vaksinasi ke atas sehingga 126,000 individu setiap hari sejurus program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan negara itu bermula hujung bulan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata seramai tujuh pegawai yang menjalankan inokulasi akan dikerahkan ke setiap stesen vaksinasi di serata negara.

"Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti dan mempersiapkan 600 stesen vaksinasi serata negara termasuk di tempat seperti klinik kesihatan serta hospital pemerintah dan swasta.

"Kami akan meletakkan tujuh pegawai vaksinasi di setiap stesen. Seorang pegawai dijangka dapat menyuntik 30 individu dalam masa sehari. Ini bererti jumlah maksimum 210 orang akan menerima suntikan vaksin mereka di setiap stesen setiap hari," katanya kepada media sewaktu meninjau kuates pekerja asing di kawasan Perindustrian Senai di Kulai, Johor pada Sabtu (13 Februari).

Datuk Seri Adham menambah tidak akan ada isu kiriman vaksin Pfizer-BioNTech yang tergendala lagi.

"Kami telah mendapatkan kepastian vaksin dan Program Vaksinasi akan berlangsung seperti yang dirancang mulai 26 Februari dengan fasa pertama fokus pada pekerja barisan hadapan," tambahnya.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pada 4 Februari lalu, program imunisasi Covid-19 ditujukan buat 80 peratus daripada 32 juta penduduk Malaysia atau 26.5 juta individu yang dijangka akan menerima vaksin masing-masing.

Program ini akan dikendalikan dalam tiga fasa dan diberi secara percuma.

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah bagi 500,000 pekerja barisan hadapan yang terlibat secara langsung dengan usaha melawan Covid-19.

Fasa kedua, antara April dengan Ogos, pula adalah bagi kumpulan berisiko tinggi, yang terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta golongan memerlukan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, kegemukan, kencing manis serta golongan kurang upaya.

Dalam pada itu, fasa ketiga antara Mei dengan Februari tahun depan pula adalah bagi mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, pula berkata sekitar tiga juta warga asing di Malaysia juga akan diberi vaksinasi percuma dengan tarikh inokulasi diumumkan kelak. - The Star/Asia News Network

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3