Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:56
Isyak
8:05
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

M'sia kenakan cukai keberangkatan udara antara $2.65 dengan $50 mulai 1 Sep

Aug 02, 2019 | 07:41 PM

KUALA LUMPUR: Mulai 1 September ini, mereka yang keluar dari Malaysia menggunakan pesawat perlu membayar cukai keberangkatan dari RM8 ($2.65) hingga RM150 ($50).

Menurut satu arahan kerajaan yang diwartakan oleh kerajaan federal pada 31 Julai lalu, Menteri Kewangan Malaysia, Encik Lim Guan Eng menetapkan kadar levi keberangkatan bergantung kepada destinasi luar negara dan kelas pesawat.

Penumpang yang terbang ke negara Asean dan duduk dalam pesawat kelas ekonomi, akan dikenakan levi keberangkatan sebanyak RM8. Penumpang lain yang menggunakan kelas lain untuk ke negara-negara rantau ini, akan membayar RM50. Negara Asean itu adalah Singapura, Thailand, Indonesia,

Vietnam, Filipina, Myanmar, Laos, Kemboja dan Brunei. Sementara itu, penumpang yang terbang ke luar Malaysia ke negara-negara bukan Asean dalam penerbangan kelas ekonomi akan membayar levi sebanyak RM20, manakala mereka yang duduk dalam kelas bukan ekonomi dikenakan levi RM150.

Kru kabin, kanak-kanak berusia di bawah 24 bulan atau dua tahun, serta penumpang dalam transit melalui Malaysia dan terbang dalam tempoh 12 jam, akan dikecualikan dari membayar levi tersebut.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3