Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia kesan sel ISIS di Sabah yang jadi tempat persinggahan

Jan 24, 2017 | 11:21 AM



KUALA LUMPUR - Polis Malaysia telah menngesan sel pengganasan ISIS baru menggunakan Sabah sebagai tempat persinggahan di bawah perintah Dr Mahmud Ahmad, mantan pensyarah Universiti Malaya yang menjadi militan.

Pendedahan itu menyusuli tangkapan seorang warga Filipina, dua warga Bangladesh dan seorang rakyat Malaysia di Malaysia, kata Ketua Polis Khalid Abu Bakar.

Sementara itu, di Indonesia, unit antipengganas Densus 88 menyoal 17 rakyat Indonesia yang dihantar pulang daripada Turkey kerana didakwa cuba untuk menyertai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), kata jurucakap polis semalam.

Di Malaysia, empat suspek ditangkap dalam serbuan terbaru oleh Bahagian cegah pengganasan.

Tan Sri Khalid, Ketua polis negara, berkata suspek pertama adalah seorang warga Filipina, 31 tahun, seorang penjaja jam tangan. Dia ditahan di Kota Kinabalu pada 13 Jan, menurut akhbar The Star.

Dia digambarkan sebagai Ketua pengambilan anggota sel itu.

"Siasatan awal menunjukkan dia menerima arahan daripada Dr Mahmud," kata polis Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin (23 Jan).

Suspek kedua adalah seorang wanita Malaysia berusia 27 tahun dari Selangor yang telah direkrut lelaki Filipina itu melalui media sosial.

"Dia ditahan bersama suspek pertama di Kota Kinabalu," kata Encik Khalid. "Dia mengambil penerbangan ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kami percaya dia telah merancang terbang ke Sandakan sebelum ke (yang) selatan Filipina."

Semasa disoal siasat, wanita itu mendakwa telah merancang berkahwin dengan perekrutnya.

Pada hari Ahad, polis Malaysia menahan dua lelaki warga Bangladesh berusia 27 dan 28 tahun.

"Mereka mempunyai hubungan dengan sel-sel ISIS di Bangladesh juga. Kedua-dua mereka juga telah direkrut oleh suspek pertama," kata Tan Sri Khalid.

Malaysia sedang berjuang melawan sokongan ISIS yang meningkat, yang sering merekrut anggota melalui media sosial seperti WhatsApp dan Telegram.

Negara majoriti Islam itu telah menangkap 119 suspek militan tahun lepas, berbanding hanya empat pada 2013. Mereka yang ditahan termasuk warga asing.

Polis pad minggu lepas berkata bahawa 30 rakyat Malaysia terbunuh berjuang dengan kumpulan militan di Syria dan Iraq, termasuk beberapa yang bertindak sebagai pengebom berani mati.

Polis Malaysia berkata, Dr Mahmud telah ditugaskan oleh ISIS mengatur laluan selamat bagi rekrut baru dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar untuk Bandar Marawi di Mindanao.

Dr Mahmud diketahui merancang menggunakan Sabah sebagai tempat persinggahan bagi rekrut ISIS baru dari Asia Tenggara dan Asia Selatan, sebelum ke selatan Filipina.

Encik Khalid berkata, risikan menunjukkan bahawa sel Dr Mahmud telah bergabung dengan kumpulan Abu Sayyaf yang diketuai oleh militan Isnilon Hapilon.

"Seperti Dr Mahmud, Isnilon juga bersumpah bai'ah atau sumpah taat setia kepada ketua ISIS Abu Bakr al-Baghdadi," kata Khalid.

Di Indonesia, polis ketua Boy Rafli Amar berkata, 17 rakyat Indonesia telah dihantar pulang dari Turkey pada Sabtu termasuk lapan wanita. - The STAR/ASIA NEWS NETWORK, THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >