Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia lanjut undang-undang keselamatan untuk 5 tahun lagi

Apr 05, 2017 | 09:02 AM



KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia semalam meluluskan lanjutan tempoh tahanan maksimum selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk lima tahun lagi, yang akan berkuatkuasa mulai 31 Julai ini, lapor Utusan Online.



Semakan itu diluluskan menyusuli perbahasan hangat yang berakhir 11 malam tadi.



Keputusan itu diperolehi selepas pengundian di Dewan Rakyat yang menyaksikan 93 menyokong prosedur itu dilanjutkan manakala 77 tidak menyokong.



Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan keputusan itu selepas sesi perbahasan hangat antara wakil kerajaan dan pembangkang.



Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika penggulungan perbahasan usul subseksyen 4(5) itu menjelaskan, kerajaan telah berlaku adil dengan membawa usul untuk melanjutkan tempoh itu kepada lima tahun ke Parlimen untuk dibahaskan.



Jelas Datuk Nur Jazlan, yang penting ialah prosedur digunakan oleh pihak polis ditetapkan di bawah Sosma.



"Berdasarkan perangkaan dari 2012 hingga 2017, jumlah tangkapan di bawah Sosma ialah sebanyak 989 orang. Daripada jumlah itu 363 orang dibebaskan, jadi tidak betul dakwaan akta itu tidak adil.



"Selain itu 139 telah dibicarakan dan 502 telah dijatuhkan hukum, bermakna 50 peratus dihukum. Adakah ini satu kegagalan polis? Tidak, berdasarkan cabaran yang dihadapi hari ini," katanya di Dewan Rakyat.



Mengulas lanjut, Datuk Nur Jazlan menjelaskan, tempoh tahanan 28 hari ialah maksimum dan tidak bermakna individu akan ditahan sepanjang tempoh itu.



"Sebagai contoh, Maria Chin Abdullah (Pengerui Bersih) ditahan hanya 10 hari sahaja. Selain itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga datang melawat tahanan selepas tiga hari untuk memeriksa keadaan mereka," jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >