Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia larang sambutan Krismas, Tahun Baru besar-besaran bagi cegah Omicron

Dec 18, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak membenarkan sambutan besar-besaran untuk perayaan hari natal dan tahun baru yang akan bermula minggu depan.



Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, berkata:



"Bagi sambutan Tahun Baru dan Krismas kecil-kecilan dan 'private' atau bersama keluarga dan rakan-rakan, 'private event' (acara peribadi) dibenarkan buat masa ini, tetapi ujian pengesanan Covid-19 sebelum hadiri sambutan perlu dilakukan."



Keputusan itu katanya dibuat dengan mengambil kira kemasukan kes kedua Omicron - varian membimbangkan yang dikatakan lebih mudah berjangkit - ke Malaysia.



Encik Khairy memaklumkan Malaysia mengesan satu lagi kes varian Omicron membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun, yang tiba dari Lagos, Nigeria, pada 5 Disember lalu.



Kes pertama dikesan 3 November lalu membabitkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun.



Kerajaan juga mengumumkan beberapa langkah tambahan kelmarin iaitu semua penerima dos lengkap vaksin Covid-19 Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari tahun depan.



Encik Khairy berkata individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu pada tempoh berkenaan.



"Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.



"Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.



Encik Khairy juga berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diaktifkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak.



"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), melalui Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (Sage) mencadangkan supaya semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur 60 tahun dan ke atas tanpa mengira jenis vaksin siri primer perlu mengambil dos penggalak.



"Ia adalah bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap dan cadangan ini disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 - Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu," katanya.



Sementara itu, Encik Khairy berkata, indikator utama penularan Covid-19 termasuk nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) menunjukkan penurunan pada minggu epidemik ke-49 sejak lima hingga 11 Disember lalu.



"Namun saya dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sedang melihat keadaan penularan varian Omicron yang sangat membimbangkan di negara lain," katanya.



Beliau berkata, sejak WHO mengumumkan berhubung varian Omicron pada 24 November lalu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mula menjalankan ujian jujukan genomik.



"WHO juga mengeluarkan nasihat semua negara perlu bersiap sedia terhadap sistem kesihatan awam bagi menangani kes Omicron yang dijangka lebih serius pada minggu akan datang," katanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >