Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia lulus rang antilompat parti, lebih dua pertiga wakil rakyat sokong

Jul 28, 2022 | 08:15 PM



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat Kerajaan Malaysia hari ini mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.


RUU yang digubal berasaskan lapan parameter utama itu diluluskan menerusi undi belah bahagian selepas dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (29 Jul), lapor akhbar Berita Harian Malaysia.


Ia diluluskan selepas dibahas selama dua hari oleh 54 Ahli Parlimen mewakili pihak kerajaan dan blok pembangkang namun sesi perbahasan itu tidak disertai mana-mana wakil rakyat BERSATU.


Undi belah bahagian yang dimulakan pada jam 4.49 petang menyaksikan seramai 209 Ahli Parlimen menyokong, tiada yang membangkang dan 11 tidak hadir.



 



"Inilah keputusannya, syabas kepada semua Yang Berhormat yang mencipta sejarah hari ini," kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.


Sepanjang sesi perbahasan itu, kebanyakan Ahli Parlimen terutama blok pembangkang daripada Pakatan Harapan membangkitkan isu Langkah Sheraton yang didakwa menjadi punca ketidakstabilan politik negara.



 



Perkara itu turut diakui segelintir Ahli Parlimen di pihak kerajaan terutama Datuk Seri Azalina Othman Said yang menegaskan RUU itu adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem politik negara.


RUU berkenaan memperuntukkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti, baik dalam gabungan sama atau berbeza akan kehilangan kerusi Parlimen disandang.


Ahli Dewan Rakyat yang meninggalkan parti politiknya selepas menang pilihan raya untuk menjadi wakil rakyat Bebas juga perlu mengosongkan kerusi disandang.


RUU itu turut memperuntukkan beberapa pengecualian kepada wakil rakyat yang bertukar parti, antaranya Ahli Dewan Rakyat dipecat daripada partinya tidak perlu mengosongkan kerusi Parlimen disandang.


Pengecualian itu turut diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Pada masa sama, RUU itu turut menyediakan peruntukan sama untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan memasukkan seksyen baharu 7A ke dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >