Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia mahu rombak jabatan Polis, Imigresen

Jun 17, 2018 | 04:38 PM



MUAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan dirombak dan disusun semula berikutan keadaan dua agensi penting itu yang disifatkan sebagai 'berserabut'.



Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dua agensi berkenaan turut mempunyai jumlah aduan paling tinggi di bawah kementeriannya sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.



Katanya, rombakan itu penting bagi memastikan dua agensi berkenaan dan beberapa agensi lain melaksanakan dasar serta undang-undang negara dengan telus dan tanpa kompromi.



"Keputusan rombakan mana-mana jawatan pegawai tinggi agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dimuktamadkan selepas saya mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam waktu terdekat ini.



"Langkah penyusunan semula pegawai tertinggi di PDRM mungkin membabitkan beberapa agensi lain di bawah KDN dan sudah tentu membabitkan kepemimpinan sedia ada.



"KDN mendapat banyak aduan berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan apabila saya meneliti semula masalah berkenaan, kita temui struktur messy (berserabut) membabitkan peranan PDRM dan Jabatan Imigresen.



"Pelbagai pihak terbabit termasuk sindiket yang bawa PATI melalui saluran tak betul. Ada penipuan, ada skandal rasuah, semua ini menyebabkan isu pengambilan PATI tidak dapat diselesaikan sejak zaman berzaman.



"Disebabkan ia berserabut, kita harus membersihkannya dan akan mengambil sedikit masa," katanya.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, Ahad.



Turut hadir, isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun yang juga Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Armada PPBM.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >