Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia mahu semua 500,000 guru jalani vaksinasi di bawah fasa 2 program pengimunan Covid-19

Apr 18, 2021 | 05:59 PM



IPOH: Kementerian Pendidikan Malaysia ingin semua 500,000 guru di negara itu menjalani vaksinasi Covid-19 di bawah fasa kedua program kebangsaan yang bermula Isnin (19 April), kata Timbalan Menteri Pendidikan, Encik Mah Hang Soon.



Sekitar 10 peratus guru telah menjalani vaksinasi di bawah fasa pertama program pengimunan.



"Terdapat 500,000 guru serata negara. Kami berusaha gigih mendapatkan baki guru yang lain agar dilibatkan dalam fasa kedua," kata Encik Mah kepada wartawan selepas menghadiri satu acara di Ipoh pada Sabtu (17 April).



Jadual agihan vaksin di bawah Program Pengimunan Kebangsaan telah dipercepatkan kerajaan kerana jumlah pendaftaran yang rendah.



Malaysia akan mempercepatkan pelaksanaan fasa ketiga vaksinasi buat orang awam kepada penghujung April dan akan mempertimbangkan perubahan dasar jika bilangan pendaftaran tidak menampakkan kemajuan dalam masa dua bulan mendatang.



Hanya sepertiga warga emas Malaysia yang disifatkan sebagai kumpulan berisiko tinggi telah mendaftar bagi suntikan berkenaan pada fasa kedua yang bermula Isnin.



Fasa pertama bermula 24 Februari dan melibatkan pekerja barisan hadapan sektor kesihatan dan penggubal dasar.



Sejauh ini, sekitar 1.01 juta warga Malaysia telah memperolehi sekurang-kurangnya satu daripada dua dos suntikan vaksin Covid-19 yang diperlukan. Jumlah ini membentuk sekitar 3 peratus penduduk Malaysia yang mencecah 33 juta.



Mengulas tentang keprihatinan jangkitan Covid-19 di sekolah, Encik Mah berkata Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan mempunyai protokol kesihatan yang jelas mengenai operasi sekolah.



"Keutamaan kami tetap kesihatan dan keselamatan pelajar. Namun, menyambung semula pendidikan juga penting kerana tiada siapa yang dapat meramalkan jika jangkitan ini akan berlanjutan selama enam bulan, setahun atau tiga tahun.



"Bagi mata pelajaran berkaitan bahasa, masih mampu buat pelajar ikuti perkembangannya jika tertinggal tetapi bagi subjek matematik dan sains, payah melakukannya kerana isu meneruskan pembelajaran daripada satu tahun ke tahun selanjutnya," katanya.



Terdapat keprihatinan mengenai jangkitan tersebar dalam kalangan pelajar dan antara pelajar dengan guru. Namun, Encik Mah bersetuju dengan Kementerian Kesihatan, kemungkinan pelajar menjangkiti virus ini sesama mereka tidak setinggi risiko dijangkiti di luar sekolah.



"Kadar jangkitan daripada kunjungan ke bazar dan pusat beli-belah lebih tinggi. Justeru, orang dewasa harus mendaftar bagi vaksinasi dalam memastikan keimunan kelompok dicapai.



"Vaksinasi bukan sahaja melindungi kita tetapi anak-anak kita dan pelajar kita juga," tambah Encik Mah. - The Star/Asia News Network



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >