M'sia mesti bergerak daripada saga 1MDB: Menteri

DAVOS, Switzerland - Menteri Perdagangan Malaysia Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata negaranya perlu keluar daripada skandal berbilion dolar 1MDB yang mengaitkan pemimpin utama negara itu dan memalukan di peringkat antarabangsa.

Dakwaan bahawa sejumlah besar wang telah disalahguna itu mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menafikan sebarang salah laku.

Malaysia terpalit dengan skandal itu sejak 2015, yang mencetuskan siasatan di beberapa negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

"Kami telah timba banyak pengajaran dan kami sedang bergerak ke hadapan," Datuk Mustapa memberitahu AFP di luar acara Forum Ekonomi Dunia di Davos.

"Pada dasarnya kami perlu bergerak dan kami yakin beberapa isu yang mendapat perhatian berkaitan 1MDB akan pada satu ketika akan berada di belakang," katanya.

Skandal itu telah memalukan Malaysia dan mengundang tuduhan bahawa Malaysia gagal dalam responsnya berhubung dakwaan tersebut.

Penyiasat global dari kira-kira 10 negara percaya bahawa berbilion dolar telah disalur keluar daripada 1Malaysia Development Bhd - sebuah dana pembangunan yang ditubuhkan Datuk Seri Najib pada 2009.

Berbilion dipercayai disalur melalui Singapura, Switzerland dan lain-lain pusat mewah bagi membeli lukisan, hartanah dan melabur dalam filem-filem Hollywood.

"Kami ada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab mewujudkan keadaan huru-hara ini. Undang-undang itu dilaksanakan," kata Datuk Seri Mustapa. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.