Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

M'sia mula rundingan peroleh ubat antiviral Merck bagi perkasa usaha beralih ke fasa endemik: Khairy

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

M'sia mula rundingan peroleh ubat antiviral Merck bagi perkasa usaha beralih ke fasa endemik: Khairy

Oct 02, 2021 | 06:02 PM

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah memulakan proses rundingan perolehan ubat antiviral Covid-19 daripada syarikat perubatan Merck, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian usaha Kementerian Kesihatan (KKM) untuk terus memperkasa usaha dalam peralihan kehidupan bersama Covid-19.

Menerusi perkongsian di Twitter pada Sabtu (2 Oktober), beliau berkata penambahan pemilihan rawatan inovatif akan dilakukan sebagai tambahan vaksinasi.

"Mengenai peralihan ke fasa endemik Covid-19, pilihan inovasi rawatan tambahan akan diberikan, sebagai tambahan kepada vaksinasi.

"Saya sudah memulakan rundingan bagi perolehan ubat (Covid-19) berkesan yang sudah melepasi ujian klinikal," katanya.

Kenyataan itu merujuk kepada pil dikeluarkan syarikat dari Amerika Syarikat (AS), Merck & Co yang dikatakan berpotensi mengurangkan risiko kematian Covid-19 dan kadar kemasukan ke hospital sehingga 50 peratus keluaran Merck.

Merck dalam satu kenyataan pula berkata, ia akan memohon kepada pihak berkuasa kesihatan AS untuk membenarkan penggunaan ubat tersebut di seluruh dunia.

Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci menyifatkan ia sebagai berita sangat baik selain data yang dikemukakan adalah amat mengagumkan. - Berita Harian Malaysia

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3