Topic followed successfully
Go to BHkuM'sia mungkin tangguh pelonggaran penutupan Covid-19
M'sia mungkin tangguh pelonggaran penutupan Covid-19
M'sia mungkin tangguh pelonggaran penutupan Covid-19
KUALA LUMPUR: Malaysia hanya boleh memvaksinasi sepenuhnya 10 peratus penduduknya menjelang pertengahan Julai, dan bukan hujung bulan ini, sekali gus menyebabkan kemungkinan ditangguh pelonggaran sekatan bagi menangani lonjakan kes Covid-19 di negara itu.
Sasaran memvaksinasi sepenuhnya 10 peratus penduduk,salah satu daripada tiga kriteria utama bagi melonggarkan sekatan, tidak akan tercapai sebelum 28 Jun, kata Encik Khairy Jamaluddin, menteri penyelaras imunisasi.
Penutupan sedia ada bermula pada 1 Jun lalu dan dijangka berakhir pada 28 Jun.
Malaysia kemudian sepatutnya melangkah ke fasa dua dengan kapasiti operasi yang lebih besar dibenarkan untuk sektor ekonomi.
Sehingga Ahad lalu, 1.6 juta orang, atau 5 peratus penduduk Malaysia telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19, lapor The Straits Times.
Seramai 4.2 juta orang atau 12 peratus penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin minggu lalu mengatakan bahawa kadar vaksinasi, bersama dengan ketersediaan katil rawatan kritikal dan jumlah kes harian, akan berfungsi sebagai petunjuk sedang negara mencapai kekebalan kelompok secara beransur dan membuka kembali ekonominya pada hujung tahun ini.

