M'sia nafi berita durian tidak dibenar masuk China kerana kandungan racun tinggi

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Malaysia berkata maklumat berhubung kegagalan 20 kontena durian Musang King memasuki China tidak berasas.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan, berkata berita tular kononnya durian Musang King gagal memasuki China kerana kandungan tinggi racun serangga tidak berasas dan tidak sahih, menurut satu laporan dalam talian BH Online Malaysia.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan