Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia naikkan harga ayam $2.97 sekilo

Jul 01, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia kelmarin mengambil keputusan menaikkan harga jualan runcit ayam biasa kepada RM9.40 ($2.97) sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai hari ini.



Langkah itu bermakna Kabinet memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga baru, berbanding RM8.90 ($2.81) sekilogram sebelum ini.



Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata Jemaah Menteri turut bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 45 sen (14 sen) sebiji bagi gred A, Gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji).



Datuk Seri Ronald berkata, penetapan harga ayam saiz 'biasa' dan telur ayam itu membabitkan pasaran di Semenanjung.



Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling ayam pada RM8.90 sekilogram sebelum harga itu sebelum ini diputuskan untuk diapungkan mulai 1 Julai ini.



Bagaimanapun, kerajaan membatalkan rancangan membiarkan harga ayam diapung dan akan mengumumkan harga siling baru.



Keputusan ini juga telah mengambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 ($158) kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.



Golongan B40, atau 'Bottom 40', adalah kumpulan isi rumah terendah di Malaysia dengan purata pendapatan bulanan seisi rumah di bawah RM4,850 ($1,532).



Golongan M40, juga dikenali sebagai 'Middle 40', adalah kumpulan isi rumah pertengahan dengan purata pendapatan bulanan seisi rumah adalah di antara RM4,851 ($1,532) hingga RM10,970 ($3,465)



Seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima hingga RM2,600 ($821) tahun ini. Bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan oleh mana-mana kerajaan.



Dengan pelaksanaan subsidi ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022 lalu.



Isu kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya ia adalah fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.



Namun, Kerajaan sedaya upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup.



Sementara itu, Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP) menjangka dapat menampung 20 peratus pasaran ayam di negara ini menerusi pengimportan 4,536 tan sumber protein itu dari Thailand secara berperingkat sehingga hujung bulan depan.



Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim, berkata jumlah import itu juga akan menjadi stok pengimbal dalam mengimbangi sebarang ketentuan atau kenaikan harga sekiranya bekalan berkurangan.



"Di peringkat awal, kapasiti 4,536 tan ayam ini dapat menampung 20 peratus ketidakcukupan bekalan ayam di pasaran, namun setakat ini tiada kekurangan bekalan ayam dilaporkan.



"Cuma kita mahu bersedia dan fungsi imbal ini untuk memastikan jika berlaku kekurangan, kita ada stok dan pada masa sama, kita mampu mengimbangi dari segi harga," katanya selepas melawat kilang pemprosesan ayam Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) di sini kelmarin. - Berita Harian Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >