Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia perjelas salah faham subsidi minyak sawit

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Kerajaan Malaysia tidak menamatkan subsidi minyak masak sawit selepas 1 Julai tetapi kembali kepada mekanisme harga asal sebelum penularan wabak Covid-19.



Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata terdapat beberapa salah faham bahawa subsidi minyak masak telah dihapuskan.



"Minyak masak bersubsidi asal yang dibekalkan kepada pengguna akhir iaitu berjumlah 60,000 tan metrik sebulan atau 720,000 tan metrik setahun, akan kekal.



"Minyak itu akan dijual dalam polibeg 1 kilogram (kg).



"Apa yang ditarik sebenarnya ialah tambahan 25,000 tan metrik minyak masak bersubsidi yang dibekalkan kepada rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Ini adalah langkah sementara yang diambil memandangkan orang ramai kehilangan pekerjaan, antara lain, jadi sebab itu kami menaikkan bekalan masakan bersubsidi kepada 85,000 tan metrik sebulan.



"Jadi, ini (25,000 tan metrik minyak masak) yang dihentikan. Tidak perlu membeli panik - kami masih mengeksport minyak masak sawit kami dan kami mempunyai cukup untuk seluruh penduduk," katanya kepada pemberita lewat malam kelmarin ketika ditanya mengenai kekeliruan mengenai subsidi.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pada Selasa lalu harga siling minyak masak dalam botol akan dihapuskan pada 1 Julai.



Datuk Nanta berkata skim subsidi, yang dilaksanakan pada 1 Ogos tahun lepas, bertujuan sebagai langkah sementara tiga bulan tetapi dilanjutkan sehingga bulan ini.



"Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen dalam pembungkusan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai.



"Bagaimanapun, bagi minyak masak yang dijual dalam peket polibeg 1 kg, yang dihadkan pada harga siling RM2.50 ($0.68), subsidi akan kekal," katanya selepas menemui pemain industri dan kumpulan pengguna di kementeriannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >