Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia perluas PKP ke semua negeri kecuali Sarawak sedang kes Covid-19 meningkat

Jan 19, 2021 | 09:13 PM




KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia pada Selasa (19 Jan) berkata ia akan meluaskan sekatan separanya yang ketat ke semua negeri kecuali Sarawak, menyusuli peningkatan bilangan kes positif Covid-19 di negeri-negeri itu.




Enam negeri baru yang akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai Jumaat adalah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis.



"Mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan, kami telah memutuskan untuk menguatkuasakan PKP di negeri-negeri ini hingga 4 Februari," kata Menteri Kanan (kelompok keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam taklimat Covid-19 hariannya.



Enam negeri lain termasuk Selangor, Johor dan Pulau Pinang yang penting dari segi ekonomi, serta tiga wilayah persekutuan termasuk Kuala Lumpur, diletakkan di bawah PKP minggu lalu, selama dua minggu.



Malaysia telah melihat lebih 3,000 jangkitan buat enam hari berturut-turut dan mencatatkan 3,631 kes Covid-19 baru pada Selasa, dan 14 lagi kematian.



Jumlah kes kini 165,371 dan jumlah kematian ialah 619.



Terdapat 39,464 kes aktif - pesakit yang dirawat di hospital dan di kemudahan kerajaan - pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >