Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia peruntuk RM25j transformasi pasar malam

Dec 03, 2021 | 06:47 PM



PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan memperuntukkan RM25 juta ($8.1 juta) bagi pelaksanaan Transformasi Pasar Malam secara berperingkat di 50 tapak pasar malam utama di seluruh negara mulai tahun depan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Program Transformasi Pasar Malam yang diusahakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu mengetengahkan pelbagai elemen norma baru yang mementingkan komponen kesihatan dan keselamatan, menurut Berita Harian Malaysia.


Ini termasuk menugaskan 'marsyal pasar malam' bagi meningkatkan kembali keyakinan rakyat, tambahnya.


"Dalam keadaan ekonomi domestik kembali rancak, termasuk yang diusahakan oleh rakyat kumpulan penjaja dan peniaga kecil, kita harus juga beri perhatian bahawa suasana kini sudah berubah.


"Untuk itu, semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kerajaan negeri diharap dapat mengadaptasi pendekatan Transformasi Pasar Malam ini di seluruh negara.


"Ini kerana pasar malam adalah satu medan kepada rakyat mendapatkan keperluan harian dengan mengurangkan peranan orang tengah. Kalau berjaya program ini, kita tambah lagi peruntukan tahun depan," kata Datuk Seri Ismail.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Keluarga Malaysia 2021 (HPPK 2021) dan pelancaran Program Transformasi Pasar Malam, di Putrajaya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >