SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

M'sia sedang hasilkan vaksin Covid-19 sendiri

M'sia sedang hasilkan vaksin Covid-19 sendiri

Jun 21, 2021 | 7:13 PM

M'sia sedang hasilkan vaksin Covid-19 sendiri

Malaysia sedang berusaha hasilkan vaksin Covid-19 sendiri. - Foto fail
Malaysia sedang berusaha hasilkan vaksin Covid-19 sendiri. - Foto fail -

PUTRAJAYA: Malaysia sedang membangunkan vaksin sendiri yang pertama bagi melawan pandemik Covid-19, melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) terbabit dibangunkan mulai November tahun lalu dan kini pada peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2. "Kita membangunkan vaksin Covid-19 teknologi mRNA di IMR. Ketika ini, status pembangunan vaksin di IMR adalah pada peringkat pengklonan genetik sasaran merangkumi varian asal dan varian lain virus SARS-CoV-2. "Selepas proses pengklonan selesai, kajian keberkesanan vaksin membabitkan praklinikal ke atas haiwan besar dan kecil serta kajian klinikal terhadap manusia peringkat fasa satu, dua dan tiga, perlu dilaksanakan sebelum proses pendaftaran serta pengilangan vaksin mRNA ini dijalankan," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Adham menjelaskan bahawa kajian keberkesanan itu akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Sebelum ini, akhbar NST melaporkan Malaysia sedang membangunkan dua jenis vaksin, iaitu mRNA dan nyahaktif terhadap Covid-19, dalam usaha membantu pelaksanaan PICK serta pencapaian imuniti kelompok dengan segera. Setakat ini, hanya ada dua pengeluar menggunakan teknologi mRNA bagi penghasilan vaksin yang sedia digunakan, iaitu Pfizer-BioNTech dan Moderna. - BH Online

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg