Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia setuju mansuh hukuman mati mandatori

Hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah
Jun 11, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara itu, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.



Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin.



Datuk Wan Junaidi dalam satu kenyataan, semalam, berkata kerajaan Malaysia juga secara prinsipnya menerima serta maklum akan syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu, lapor Berita Harian Malaysia semalam.



"Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.



"Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta kementerian lain dan jabatan berkepentingan.



"Tindakan ini amat signifikan bagi memastikan pindaan akta yang berkaitan mengambil kira prinsip perkadaran (proportionality) serta keperlembagaan (constitutionality) mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti," katanya.



Selain itu, Datuk Wan Junaidi memaklumkan bahawa kerajaan juga akan mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara itu.



Antaranya, pewujudan prosedur prapenghukuman, penubuhan Majlis Penghukuman, pembangunan Garis Panduan Penghukuman, penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang, pembaharuan institusi kepenjaraan, dan pelaksanaan hukuman berdasarkan keadilan restoratif.



Beliau menjelaskan, keputusan berkaitan perkara itu menunjukkan keutamaan kerajaan untuk memastikan hak semua pihak terpelihara dan terjamin.



"Ia sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambah baik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik," katanya.



Beliau berkata kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori, dalam penghasilan laporan kajian itu yang menjadi asas kepada perubahan sistem keadilan jenayah negara yang lebih sistematik dan berkesan.



Jawatankuasa itu diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum, dan dianggotai pakar dalam bidang perundangan meliputi bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada institusi pengajian awam terkemuka, serta pakar kajian jenayah.



Sementara itu, Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, turut kongsikan kenyataan Datuk Wan Junaidi berkenaan menerusi akaun Twitter beliau, semalam.



"Kabinet bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia. Undang-undang berkaitan akan dipinda," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >