Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia tangkap 3 suspek militan ISIS rancang serang malam Hari Kemerdekaan

Aug 31, 2016 | 02:07 PM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah menangkap tiga suspek militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) yang merancang serangan ke atas pusat hiburan, sebuah kuil Hindu di Batu Caves dan balai polis.



Mereka merancang menyerang sasaran mereka menggunakan bom dan senjata api pada malam Hari Kebangsaan Malaysia pada Rabu (31 Ogos).



Suspek ditangkap Bahagian Pembanterasan Pengganasan Cawangan Khas Bukit Aman di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang antara Sabtu lepas (27 Ogos) dan Isnin.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka mendapat arahan daripada seorang militan ISIS warga Malaysia, Mohamad Wanndy Mohamad Jedi.



"Suspek pertama - seorang lelaki berusia 20 tahun - ditangkap di Selangor pada 27 Ogos dengan bom tangan K75 dan sepucuk pistol bersama peluru 9mm.



"Kami percaya dia mendapat senjata daripada orang tengah," kata Tan Sri Khalid dalam satu kenyataan pada Rabu.



Dua lagi suspek, berusia 27 dan 20 tahun, ditahan pada 29 Ogos.



"Mereka merancang pergi ke Syria setelah berjaya menyerang sasaran mereka," katanya.



Polis berkata mereka telah merampas sebuah bom tangan dan pistol dengan 24 peluru daripada seorang suspek, yang bekerja sebagai pemandu lori.



Dua lagi bekerja sebagai penjual daging dan penjual minuman.



Wanndy dilihat sebagai orang bertanggungjawab mengarahkan serangan bom tangan pada Jun ke atas sebuah bar di Puchong, iaitu serangan pertama ISIS yang berjaya di Malaysia.



Polis menangkap sembilan orang yang dipercayai ada kaitan ISIS selepas serangan bom tangan itu.



Awal bulan ini, Malaysia membatalkan pasport 68 rakyatnya yang dikenal pasti telah meninggalkan negara untuk menyertai ISIS.



Risikan polis dilaporkan berkata pada Mac, 18 rakyat Malaysia terbunuh semasa bertempur bersama ISIS di Syria, dan tujuh terbunuh kerana menjalankan serangan bunuh diri bagi kumpulan itu.



Belum ada sembarang laporan mengenai pejuang ISIS warga Malaysia pulang ke negara mereka. - The Star-Asia News Network, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >