Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia tidak kenakan caj jalan raya selama 7 hari bagi kenderaan berdaftar S'pura yang masuk Johor

Mar 28, 2022 | 08:25 PM



JOHOR BARU: Malaysia tidak akan mengenakan Caj Jalan Raya (RC) RM20 ($6.45) bagi kenderaan berdaftar Singapura yang memasuki Johor selama tujuh hari mulai Jumaat (1 April), apabila kedua-dua negara membuka semula sempadan darat mereka selepas dua tahun.



Menteri Pengangkutan Malaysia Wee Ka Siong berkata dalam satu kenyataan pada Isnin (28 Mac) bahawa pengecualian itu dibenarkan memandangkan rakyat Singapura dan penduduk Singapura tidak dapat memasuki Malaysia untuk menambah nilai kad Touch 'n Go mereka, yang digunakan untuk membayar RC.



Ada juga sesetengah individu yang mungkin memegang kad Touch 'n Go yang sudah tamat tempoh.



Beliau berkata beliau telah membincangkan isu itu dengan Menteri Besar Johor yang baru Onn Hafiz Ghazi, dan kedua-duanya bersetuju "untuk mengecualikan bayaran RC yang dikenakan ke atas semua kenderaan berdaftar Singapura selama tujuh hari dari 1 April 2022 hingga 7 April 2022."



Pengecualian itu juga sepatutnya membantu mengelakkan kesesakan jalan raya di dua pusat imigresen di sebelah Johor.



Malaysia dan Singapura akan membuka semula sempadan darat mereka mulai Jumaat untuk membolehkan semua pelancong yang telah divaksin sepenuhnya memasuki kedua-dua negara tanpa perlu menjalani kuarantin atau melakukan ujian Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >