Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia tidak tunduk tekanan Amerika dalam konflik Israel-Palestin

Oct 31, 2023 | 05:31 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan negara itu menerima tekanan daripada Amerika Syarikat berhubung pendiriannya terhadap konflik Israel-Palestin.


Beliau berkata duta Malaysia di Amerika dipanggil oleh pihak berkuasa negara itu yang mempersoalkan pendirian Malaysia terhadap konflik berkenaan, terutama keganasan yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza.

“Saya dimaklumkan oleh Kementerian Luar bahawa Malaysia menerima notis tata tindak, yang dipanggil demarche, daripada Kedutaan Amerika pada 13 dan 30 Oktober lalu.


“Tetapi kita dengan tegas telah menyatakan pendirian akan kekal teguh dalam pertimbangan kemanusiaan serta mengutuk penjajahan Israel di Palestin yang menyalahi undang-undang,” katanya lapor The Star pada Selasa.


Datuk Anwar berkata tekanan diterima itu berikutan Malaysia enggan mengutuk tindakan Hamas dan mengutuk kumpulan itu sebagai pengganas.

Pada 30 Oktober 2023, Malaysia diminta pegawai kedutaan Amerika untuk menggunakan saluran diplomatik bagi menggesa sebuah negara supaya tidak mengambil kesempatan daripada konflik dengan menggunakan proksi untuk terlibat dalam konflik Gaza.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan negara itu, namun dipercayai negara yang dirujuk oleh Amerika ialah Iran.

“Politik dan kekacauan ini bukan baru bermula bulan lalu, tetapi telah berlarutan selama beberapa dekad sejak 1948.

“Saya sudah menjawab dalam majlis (solidariti Palestin) di stadium (Axiata Arena Bukit Jalil) baru-baru ini, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita dengan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan itu (salah) dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa.

“Oleh itu, adalah tidak munasabah untuk kita menafikan keganasan, pencerobohan dan penjajahan Israel ke atas Palestin,” ujarnya.

Beliau berkata sebagaimana pencerobohan Russia ke atas Ukraine yang mendapat kecaman, perkara sama bagaimanapun tidak dilakukan dalam isu penjajahan Israel di Palestin terutama oleh negara seperti Amerika, walaupun ia telah berlaku selama bertahun-tahun.

Ketika berucap di Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada 24 Oktober 2023, Datuk Anwar mendedahkan beliau menerima banyak ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Selain itu, beliau turut mendedahkan ada seorang Ahli Parlimen dari Eropah bertindak mengusulkan sekatan terhadap Malaysia kerana kelantangan memperjuangkan isu Palestin.

Namun, beliau menegaskan tidak menghiraukan tindakan berkenaan, sebaliknya akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa tanpa gentar.

Sekurang-kurangnya 8,306 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza setakat ini, manakala jumlah kematian di Israel melebihi 1,400. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >