Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia umum 'sekatan' semasa Raya

Boleh terima tetamu tapi rumah terbuka tidak dibenarkan, dilarang perjalanan antara negeri
May 06, 2021 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Malaysia mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Hari Raya Aidilfitri dan ini termasuk tidak dibenarkan diadakan rumah terbuka sempena perayaan itu serta dilarang perjalanan antara negeri.



Namun isi rumah boleh menerima tetamu semasa perayaan, kecuali mereka yang berada di kawasan perintah kawalan pergerakan yang dipertingkat (PKPD).



Menyatakan demikian, Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata larangan perjalanan antara negeri dan rumah terbuka adalah perlu sedang umat Islam di negara itu meraikan perayaan di tengah-tengah wabak penularan Covid-19 buat tahun kedua.



Jika sambutan Hari Raya tahun lalu hanya dibenarkan selama satu hari, tahun ini syarat yang berbeza ditetapkan buat kawasan PKP yang berlainan.



Mereka yang menetap di kawasan PKP pemulihan dan PKP bersyarat dibenarkan untuk menerima tetamu dari hari pertama hingga hari ketiga Syawal, sementara mereka yang berada di kawasan PKP hanya dapat menerima tetamu pada hari pertama Hari Raya.



Namun mereka yang menetap di kawasan PKPD tidak dibenarkan menerima tetamu dan hanya boleh meraikan Hari Raya bersama mereka yang berada di rumah sama.



Ini bermaksud mereka juga tidak dibenarkan meninggalkan rumah mereka untuk lawatan Hari Raya, jelas Datuk Ismail Sabri.



"Bilangan tetamu yang dibenarkan di rumah juga berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain kerana kami mahun memastikan bahawa SOP, terutama agar jarak selamat, dipatuhi untuk memastikan tidak akan ada keadaan sesak," katanya pada satu sidang media petang kelmarin.



Hari Raya Aidilfitri dijadual disambut pada 13 Mei ini.



Selain itu, bagi mereka yang berada di kawasan PKP, tidak lebih daripada 15 tetamu dibenarkan masuk ke rumah pada satu masa, dengan mengambil kira ukuran tempat tinggal, dan dengan jarak selamat dipatuhi.



Mereka yang menetap di kawasan PKP pemulihan dan bersyarat pula masing-masing boleh menerima 20 tetamu dan 25 tetamu, juga bergantung kepada saiz rumah mereka dan jarak selamat dipatuhi.



"Untuk memastikan jangkitan Covid-19 terkawal, tuan rumah digalakkan untuk menyiapkan pengimbas suhu, kod QS MySejahtera atau mempunyai buku untuk mencatat nama dan maklumat kenalan tetamu mereka.



"Namun, acara dan rumah terbuka Hari Raya dilarang di semua kawasan," jelas Datuk Ismail Sabri lagi.



Lawatan ke kubur hanya dibenarkan di kawasan PKP bersyarat dan pemulihan, dengan tidak lebih enam orang bagi setiap kubur dan tidak lebih daripada 30 minit.



Kegiatan itu tidak dibenarkan di kawasan PKP lain.



Sedang solat Hari Raya Aidilfitri tidak dapat diadakan tahun lalu, tahun ini, kata Datuk Ismail Sabri, ia akan dibenarkan di kawasan PKP, PKP bersyarat dan pemulihan, dengan pihak berkuasa agama negeri memutuskan jumlah jemaah dan SOP lain.



Sementara itu, enam daerah di Selangor diletakkan di bawah PKP berkuat kuasa hari ini hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.



Datuk Ismail Sabri berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.



Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa PKP bersyarat.



"Semua peraturan dan SOP adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah," katanya.



Semua aktiviti ekonomi masih dibenarkan di enam kawasan berkenaan dengan pelaksanaan SOP yang ketat manakala aktiviti sosial tidak dibenarkan.



Katanya, premis makanan seperti restoran, 'food truck', penjaja dan kios dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam manakala kedai runcit, kedai serbaneka dan keperluan harian serta farmasi dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >