Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia wajibkan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita di syarikat senaraian awam

Oct 30, 2021 | 01:46 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam dengan langkah ini dijangka dikuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.



Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata langkah itu bagi mengiktiraf peranan wanita terutama dalam proses membuat keputusan dan memperkukuh kepimpinan serta keberkesanan lembaga pengarah.



"Kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam.



"Cadangan ini dijangka berkuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, pada Jumaat (29 Oktober).



Tengku Zafrul berkata, usaha itu bagi mengangkat martabat wanita sebagai insan begitu istimewa dan patut dihargai sebagai pasangan dunia akhirat.



"Golongan wanita, jika diberi peluang dan ruang, boleh menjadi daya penggerak utama daya penghasilan dan ekonomi negara. Kita seharusnya memastikan wanita dapat memenuhi potensi mereka dalam menyumbang kepada kesejahteraan kita bersama.



"Oleh itu, sumbangan wanita dalam ekonomi tidak pernah dinafikan, tetapi sebaliknya perlu diperkukuhkan. Buat masa ini, golongan wanita memegang 25 peratus daripada komposisi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat awam utama.



"Bagaimanapun, masih terdapat 27 peratus atau 252 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang belum mempunyai komposisi pengarah wanita," katanya. - Berita Harian Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >