Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

MALAYSIA

Muda ikhlas mahu sertai PH

Sep 23, 2022 | 05:30 AM

JOHOR BARU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berharap untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan ia adalah ikhlas, kata timbalan presidennya, Cik Amira Aisya Abd Aziz.

Beliau berkata parti berbilang kaum dan berpaksikan belia itu tidak mempunyai masalah dengan PH dan bersedia untuk berhubung dengan sesiapa sahaja bagi menjelaskan dan menyelesaikan keraguan tentang Muda.

"Kami terbuka dan bersedia untuk bertemu di meja rundingan. Pada masa yang sama, kami juga bersedia untuk menjawab soalan untuk menyelesaikan sebarang keraguan yang mungkin berterusan.

"Saya faham ketidaktentuan yang berlaku. Apabila mana-mana parti baru ingin menjadi sebahagian daripada gabungan yang ditubuhkan, keraguan seperti itu pasti wujud," kata Cik Amira Aisya kepada pemberita semasa sidang media di Kampung Kangar Tebrau lewat malam kelmarin.

Beliau menjawab kritikan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini yang mengatakan mereka perlu berhati-hati dengan Muda menyertai PH untuk PRU15.

Terdahulu, beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa itu bercakap mengenai bahaya mengadakan pilihan raya negara pada musim tengkujuh akhir tahun, sebagai sebahagian daripada kempen #NyawaDuluBaruPRU.

Cik Amira Aisya, yang terlibat secara aktif dalam beberapa acara PH, menjelaskan bahawa aspirasi Muda untuk bersama PH bukanlah perkara baru.

Beliau menarik perhatian bahawa sejak permulaan proses pendaftaran Muda pada September 2020, parti itu telah menjalin kerjasama dengan PH dalam pelbagai kapasiti.

"Sebagai contoh, kita telah menyuarakan isu rakyat bersama PH. Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, diketahui bersama PH dalam blok pembangkang ketika membuat keputusan di Parlimen," katanya.

Cik Amira Aisya mengulangi bahawa Muda akan meneruskan kerjasama dengan PH, khususnya untuk PRU15, walaupun parti itu tidak secara rasmi dianggap sebagai sebahagian daripada gabungan itu.

Beliau berkata Muda akan mengutamakan usaha mengelak pertembungan kerusi dengan parti komponen PH, mengulangi jaminan sama yang dibuat pada Selasa lalu.

Kelmarin dilaporkan Majlis Presiden PH telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengadakan perbincangan dengan Muda dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi menjalin pakatan pilihan raya bagi PRU15.

Majlis itu, dalam satu kenyataan, berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat yang membincangkan permohonan Muda untuk menyertai gabungan itu dan menyatakan minat PSM untuk bekerjasama secara rasmi dengannya. - BHM.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3