Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhiyiddin menang undi ganti Speaker Parlimen

Jul 13, 2020 | 5:46 PM
GANTI SPEAKER: Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin berjaya menggantikan speaker Tan Sri Ariff dengan undi 111 berbanding 109. - FOTO: REUTERS
GANTI SPEAKER: Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin berjaya menggantikan speaker Tan Sri Ariff dengan undi 111 berbanding 109. - FOTO: REUTERS -

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akhirnya mengakhiri ketidakpastian selama beberapa bulan ini mengenai majoriti di Parlimennya pada Isnin (13 Julai) dengan berjaya menggantikan Speaker Tan Sri Ariff Yusof setelah perbahasan sengit di mana kerajaan menang dengan majoriti tipis.

Ini merupakan peristiwa jarang berlaku di mana hampir keseluruhan Dewan Raykat yang dianggotai 222 anggota hadir untuk mengundi dalam usul tersebut, lapor The Straits Times.

Tan Sri Muhyiddin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, telah menghadapi keraguan terhadap sokongan majoritinya sejak beliau dilantik sebegai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.

Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin berjaya menggantikan Tan Sri Ariff dengan undi 111 berbanding 109.

Speaker baru, Datuk Azhar Harun, yang dicalonkan kerajaan kemudian mengangkat sumpah dan dilantik, di sebalik bantahan daripada pihak pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang tidak mengundi pelantikannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg