Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Muhyiddin dijangka ketuai calon PPBM di Johor

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



MUAR: Mantan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai senarai calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia di Johor, negeri yang disasarkan pakatan pembangkang Pakatan Harapan.



Beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir dan kerusi Parlimen Pagoh, yang dipegangnya selama 40 tahun sebagai anggota Umno, salah sebuah parti komponen gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).



Ini diumumkan oleh pengerusi PPBM, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pada akhir sesi ceramah Jelajah Harapan Pagoh di sini malam kelmarin.



Tun Dr Mahathir, calon perdana menteri Pakatan Harapan, juga mengumumkan bahawa PPBM akan bertanding di 10 kerusi Parlimen dan 18 kawasan DUN Johor.



Di Gambir, Tan Sri Muhyiddin berkemungkinan ditentang Datuk Dr Mahfodz Mohamed, ahli Majlis Syura Ulamak Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang juga ketua dewan ulamak parti itu serta pesuruhjaya PAS Johor, dan seorang calon BN yang belum dinamakan dalam pertandingan tiga penjuru.



Dalam ceramah sebelum pengumuman itu, Tan Sri Muhyiddin, bekas timbalan presiden Umno, berkata: "Era Umno telah berakhir. Tidak haram untuk meninggalkan Umno. Tinggalkan Umno, tinggalkan Barisan Nasional. Ini adalah hijrah rakyat."



Sementara itu PAS Kedah menyenaraikan tokoh teknokrat seperti peguam, doktor, jurutera, ahli fizik, usahawan, bekas pegawai tinggi tentera, ahli farmasi, ahli korporat, pakar matematik, pensyarah, legenda bola sepak Kedah dan guru sebagai calon untuk 36 kerusi DUN dalam misi merampas semula negeri itu daripada BN.



PAS Kedah itu juga akan bertanding di 14 kerusi Parlimen, kecuali Parlimen Langkawi, yang akan ditandingi oleh Parti Ikatan, rakannya dalam Gagasan Sejahtera.



Tun Dr Mahathir telah mengesahkan beliau akan bertanding di Langkawi.



Antara lain, ia akan menurunkan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din, bagi Parlimen Pokok Sena. Beliau dijangka bertembung dengan bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, yang akan mempertahankan kerusinya atas tiket Parti Amanah Negara (PAN), dan seorang calon BN.



PAS bersama rakannya dalam Gagasan Sejahtera kelmarin mengumumkan ia akan bertanding di 126 kerusi Parlimen dan 322 kerusi DUN Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu.



Calonnya bagi Kelantan, Sabah dan Sarawak akan diumumkan kemudian.



Antara calon PAS ialah bekas setiausaha agung Kongres India Malaysia (MIC), iaitu parti komponen BN, Datuk S Kumar, 45 tahun, yang akan bertanding kerusi DUN Tanah Rata. Beliau Presiden Parti Generasi Baru.



PAS meletakkan ketua dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Encik N. Balasubramaniam, di kerusi Parlimen Bentong.



Beliau dijangka menentang antara lain, presiden satu lagi parti komponen BN, Persatuan Cina Malaysia (MCA) Datuk Seri Liow Tiong Lai. - BH Online, Utusan ONLINE, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >