Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Muhyiddin dijangka letak jawatan esok

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Muhyiddin dijangka letak jawatan esok

Aug 15, 2021 | 04:34 PM

 

 

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Isnin (16 Ogos) .

 

Beliau bagaimanapun menasihatkan Agong bahawa pakatan Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai parti terbesar di Parlimen, menurut akhbar The Straits Times. 

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ditukil oleh beberapa media tempatan sebagai mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin mengumumkan keputusannya itu selepas bertemu dengan penggubal dasar dari partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Kuala Lumpur, pagi Ahad (15 Ogos). 

 

“Kami baru sahaja selesai mesyuarat. Esok, akan ada mesyuarat Kabinet khas. Selepas itu, beliau akan ke Istana Negara untuk meletakkan jawatannya,” kata Datuk Seri Mohd Redzuan, kepada laman berita, Malaysiakini.

 

Namun beliau menambah, “terpulang kepada kebijkasanaan Agong untuk membuat keputusan” kerana “kami mempunyai 100 Anggota Parlimen (AP)”. 

 

Walau jumlah itu masih kurang daripada 111 AP diperlukan bagi majoriti parlimen, ia tetap lebih ramai daripada perikatan Pakatan Harapan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang mempunyai 88 AP. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3