Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin enggan letak jawatan

Mahu runding dengan pemimpin di luar PN dapatkan sokongan undi yakin di Parlimen M'sia
Aug 14, 2021 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengumumkan keputusannya untuk tidak meletakkan jawatan kerana "tiada seorang pun dapat membuktikan mempunyai majoriti cukup untuk menjadi perdana menteri baru.



"Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, perdana menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut perlembagaan.



"Apabila perdana menteri tidak boleh dilantik, maka kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk," katanya yang ucapannya disiarkan secara langsung di media sosial.



Dalam ucapannya itu, Tan Sri Muhyiddin melahirkan rasa sedih kerana beberapa ahli parlimen telah menarik sokongan kepadanya dalam keadaan beliau dan rakan-rakan Kabinet berhempas pulas mengurus pandemik Covid-19.



Namun, beliau akan memastikan usul undi percaya terhadap perdana menteri akan dibentangkan dan dilaksanakan dalam sidang parlimen bulan depan.



Tentang hal ini, Tan Sri Muhyiddin berkata, Perikatan Nasional (PN) akan berunding dengan kepimpinan parti di luar PN bagi memastikan undi percaya yang dijadualkan dapat diluluskan selain menawarkan usaha reformasi bagi pentadbiran kerajaan dan kesejahteraan rakyat yang lebih baik.



"Kami telah mencapai satu kata sepakat, untuk berunding dengan pimpinan-pimpinan parti di luar PN untuk meluluskan undi percaya kepada perdana menteri di Dewan Rakyat," katanya.



Tambahnya, pembentangan cadangan rangka persefahaman rentas parti oleh kerajaan itu adalah dalam usaha mendapatkan sokongan dwipartisan bagi memastikan usul undi percaya ke atasnya dapat diluluskan.



"Tujuan saya kemukakan cadangan ini ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan dwipartisan di parlimen.



"Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera," terangnya lagi.



Beliau dalam pada itu mengumumkan juga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun depan.



Menurut Tan Sri Muhyiddin, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.



"Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.



"Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan," katanya ketika menyampaikan ucapan khas secara langsung semalam.



Sementara itu, dalam satu perkembangan menarik, Tan Sri Muhyiddin berkata, kerajaan akan menawarkan saraan dan kemudahan kepada ketua pembangkang yang setara dengan menteri kanan sekiranya majoriti ahli Parlimen bersetuju.



Faedah kepada ketua pembangkang itu adalah antara tujuh perkara yang dijanjikan akan dilaksanakan jika undi percaya diluluskan.



Ini termasuk pindaan perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang UndangUndang Anti-Lompat Pjarti akan dibentangkan di Parlimen.



Tan Sri Muhyiddin juga berkata, sekrianya usul undi percaya akan mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >