Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin: Gagal jawab isu GST, 1MDB punca BN tewas di Permatang Pauh

May 09, 2015 | 02:50 PM



MILAN (Italy): Kegagalan menjawab soalan berhubung isu GST dan 1MDB merupakan antara faktor utama yang menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil merebut kawasan undi parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang baru-baru ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau yang ditanya media tentang analisis awal keputusan pilihan raya kecil itu berkata, pengundi yang berada di kawasan luar dan pinggir bandar kini kurang berminat dengan isu pembangunan sebaliknya lebih tertarik dengan isu-isu berkaitan rakyat yang lebih rumit termasuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan 1MDB.


"Walaupun inisiatif dan kempen jentera pilihan raya BN keseluruhannya adalah baik tetapi disebabkan isu 1MDB yang tidak diperjelaskan menjadi antara punca kita tewas," ujarnya.


Dalam pada itu, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengambil keputusan menjual semula plot tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).


Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, setakat ini terdapat tiga pembeli yang sedia menawarkan pembelian pada unjuran yang menguntungkan.


Jelasnya, urusan penjualan dijangka selesai minggu depan.


"Sekarang, kami meneliti pembeli yang boleh memberi keuntungan kepada Tabung Haji.


"Langkah ini dibuat bagi menghentikan kekhuatiran rakyat dan pendeposit Tabung Haji mengenai pembelian tanah ini yang dikaitkan dengan 1MDB," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang menjelaskan mengenai pembelian plot tanah seluas 0.63 hektar di TRX dengan nilai RM188.5 juta daripada 1MDB, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >