Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Muhyiddin: Hukuman lebih berat bagi sesiapa ingkar peraturan Covid-19

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan meminda undang-undang untuk menjatuhkan hukuman lebih keras terhadap sesiapa yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penyebaran Covid-19.



Beliau menambah Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Kecemasan telah meneliti peruntukan undang-undang untuk membenarkan penguatkuasaan SOP yang lebih ketat dan lebih pantas.



Kerajaan, menurut beliau, juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan atau SOP berkaitan Covid-19 yang sedang berkuat kuasa.



Perdana Menteri Malaysia itu dalam satu perutusan khas semalam berkata satu Pasukan Petugas Khas Pemantauan dan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan Kementerian telah ditubuhkan untuk memantau pematuhan SOP.



Katanya, bagi pemantauan di premis kilang dan bukan kilang di negara ini, sehingga kelmarin, Pasukan Petugas Khas dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) telah membuat lawatan tinjauan di 2,276 premis di seluruh negara.



"Daripada jumlah ini, sebanyak 197 premis telah diberikan teguran dan 34 diarah tutup kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.



"Pihak PDRM juga telah mengenakan kompaun ke atas 82,141 individu dan membuat 31,740 tangkapan atas pelbagai kesalahan," katanya dalam penjelasan terkini mengenai pelaksanaan Ordinan Darurat dalam mengurus pandemik Covid-19.



Perdana Menteri turut meminta pihak industri dan orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan.



"Saya menggesa industri dan orang ramai untuk mematuhi sepenuhnya SOP yang dikenakan oleh kerajaan.



"Kerajaan sentiasa mendengar pandangan semua untuk tidak menutup ekonomi dalam tempoh PKP.



"Oleh itu, tolong beri kerjasama dengan mematuhi SOP yang ditetapkan supaya kami dapat memastikan perniagaan dan perdagangan akan terus beroperasi dan pada masa yang sama membantu memutuskan rantaian Covid-19 di tempat kerja dan komuniti," katanya.



Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin mengulangi komitmen bahawa beliau akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen selepas penularan wabak Covid-19 reda, sekali gus memastikan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan dengan selamat.



Sehubungan itu Perdana Menteri meminta pemimpin kerajaan mahupun pembangkang untuk bersama-sama berganding bahu dan menggembleng usaha memerangi wabak Covid-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.



"Kerajaan mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari 2021. Dalam tempoh dua minggu ini, kerajaan akan memantau perkembangan kes-kes harian Covid-19 mengikut sektor dan lokaliti serta menilai semula keberkesanan PKP yang dilaksanakan.



"Apapun tindakan atau langkah seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan pastinya berasaskan kepada matlamat untuk mengimbangi keperluan menjamin kelangsungan hidup rakyat dan melindungi nyawa anda semua," katanya. - BHM.




“Adalah penting untuk mengikuti SOP di tempat kerja, tempat pekerja, premis perniagaan dan kilang untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19. Penguatkuasaan harus ditingkatkan untuk memastikan kepatuhan terhadap SOP.”
– Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >