Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Dunia

Muhyiddin jalani kuarantin di rumah selepas pegawai di mesyuarat Kabinet diuji positif Covid-19

May 22, 2020 | 08:18 PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memulakan kuarantin di rumah selama 14 hari pada Jumaat (22 Mei), selepas seorang pegawai di mesyuarat Kabinet yang dihadirinya diuji positif bagi Covid-19.

Dalam kenyataannya pada Jumaat, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Tan Sri Muhyiddin diuji negatif bagi Covid-19, penyakit pernafasan yang disebabkan oleh Covid-19.

Kesemua yang hadir di mesyuarat susulan selepas mesyuarat Kabinet, pada Khamis juga diperintah menjalani ujian bagi koronavirus itu dan menjalani kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari.

Lagi 78 kes Covid-19 baru dilapor  di Malaysia pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan 7,137 kes. Seorang pesakit maut, menambah angka korban angkara Covid-19 di negara itu kepada 115.