Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin kecewa bekas pemimpin Bersatu Sabah tidak setia

Dec 11, 2022 | 05:14 PM



KUALA LUMPUR : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau kecewa dengan sikap bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti.



Tegasnya, selepas parti meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, mereka masih gagal menunjukkan kesetiaan dan bertindak untuk keluar daripada parti.



Begitupun, beliau percaya ahli Bersatu di Sabah yang setia dengan perjuangan parti akan terus kekal berada di dalam Bersatu yang merupakan parti komponen PN di peringkat Persekutuan.



Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan pada Ahad, Muhyiddin memaklumkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Sabah.



Ahli Parlimen Beluran itu selepas ini akan bertanggungjawab untuk menyelia dan menguruskan PN dan Bersatu Sabah sehingga penyusunan semula di negeri itu diputuskan kepimpinan tertinggi parti.



Bersatu Sabah kekal wujud dan berfungsi walaupun mantan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, dan pengikutnya mengumumkan keluar parti.



Badan Pimpinan Negeri, Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan Bersatu di negeri Sabah ditubuhkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan hanya MPT mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan parti untuk menentukan kedudukannya.  - Agensi berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >